Tular di media sosial hari ini apabila peminat Lisa Blackpink, mendapati artis kesayangan mereka itu tidak menyertai pertunjukan fesyen Bvlgari di Paris bersama tiga ahli Blackpink yang lain.
CEO Bvlgari Dedah Punca Lisa Tidak Hadiri Pertunjukan Fesyen
Tidak mahu dikritik oleh peminat bintang Kpop ini, CEO Bvlgari segera menjelaskan sebab sebenar mengapa Lisa tidak menghadiri Minggu Fesyen Paris bersama rakan-rakannya itu.
Menurut Jean-Christophe Babin di Instagram, pihak agensi Lisa memaklumkan mereka lebih suka sekiranya artis naungannya itu tidak menyertai pertunjukan fesyen tersebut kerana penularan wabak COVID-19.
Disebabkan itu, Lisa dikatakan tidak dapat bergambar bersama beberapa model dan pelakon ternama seperti Zendaya, Lily Aldridge dan Vittoria Ceretti yang turut menyertai kempen Bvlgari 2021/2022.
“Duta besar kami @lalalalisa berada di Eropah, Malangnya kerana Covid, agensi dia lebih suka dia tidak menyertai majlis atau pertunjukan. Itulah sebab mengapa setakat ini kami tidak dapat merakam dia bersama @zendaya, @lilyaldrigde dan @vittoria untuk kempen @bulgari 2021/22.” Jelas CEO Bvlgari
Peminat Kecam YG Entertainment
Mengetahui punca bintang kesayangan mereka tidak dapat menghadiri pertunjukan fesyen tersebut, membuatkan peminat Lisa meluahkan rasa marah dan bertindak untuk mengecam tindakan syarikat YG Entertainment yang dilihat seakan-akan cuba menganayai Lisa.
“Penganiayaan terhadap Lisa semakin keterlaluan, kami mahukan Lisa! Dia mungkin tidak akan bersuara tapi kami Lilies tidak akan berdiam diri mengenai hal ini.”
“Kepada agensi kesayangan kami YG Entertainment, perbezaan ini terlalu ketara bukan? Bila Lisa sentiasa di halang kerana COVID, tapi bagaimana dengan tiga lagi ahli kumpulan? Kami harap Lisa dapat buat keputusan yang terbaik apabila kontrak dia habis dengan anda!” Komen mereka
“YG sabotaj Lisa terlalu lama sangat kerana dia terlalu terkenal dan dia Thai. Dia masih mampu terbang tinggi. YG sentiasa senyap bila hal Lisa tapi respon pantas bila ianya mengenai hal ahli kumpulan dia.”
“Berhenti halang peluang untuk Lisa, berhenti sekat aktiviti dia. Layan dia seperti artis, bukan sekadar ‘cash cow’ anda!” Komen peminat Lisa
“Adakah kerana dia dari Asia Tenggara atau kerana dia terlalu popular?? Jangan layan Lisa seperti itu. KEADILAN UNTUK LISA.”
“#YGLetLisaDoHerWork Korea. Perkauman dan diskriminasi terhadap orang luar negara sangat kuat.” Komen mereka lagi
Lisa Maklum Sudah Divaksin
Oleh kerana alasan syarikat agensi gergasi itu tidak membenarkan Lisa menyertai majlis tersebut kerana Covid, peminat berkongsi klip video yang mana Lisa mendedahkan dirinya sudah divaksin.
Question: What is one thing you’ve been wanting to do or accomplish before this year ends? #Lisa: I got vaccinated! It’s gonna be so nice if I can meet you in person 🥺 pic.twitter.com/PwvZHsxgX6
— Eileen (@eileen_ingente) October 2, 2021
Tak pasal-pasal tak dapat sertai pertunjukan fesyen walaupun dah ada di sana, apalah nasib Lisa Blackpink.