21.6 C
Malaysia
Sunday, December 1, 2024
[the_ad id="14542"]

Latest Posts

Peminat Mengamuk! Tuntut TV3 Mohon Maaf Kepada Siti Nurhaliza

Biarpun Anugerah Juara Lagu 34 (AJL34) sudah seminggu melabuhkan tirainya, namun peminat masih hangat memperkatakan mengenainya. Dianggap paling sensasi dalam sejarah penganjurannya, beberapa kontroversi melibatkan finalis kali ini seakan mewarnai lagi AJL34.

Expectation VS Reality Anta Permana 

Terbaru, pihak TV3 telah mengimbas kembali beberapa sedutan ketika latihan dan waktu berlangsungnya persembahan finalis AJL34 termasuklah buat lagu Anta Permana yang diganti oleh Bob Yusof yang dimuat naik pada Sabtu (15 Februari) baru-baru ini di laman YouTube.

YouTube video

Peminat Mengamuk 

Hasil carian Murai.my mendapati video tersebut yang kini mencecah lebih dari 13 ribu tontonan mendapat lebih dari 800 tanda kurang suka (dislike) berbanding dari tanda suka (like) iaitu kurang dari 100. Ini kerana menerusi ruangan komen rata-rata peminat beranggapan pihak stesen televisyen tersebut seperti kurang professional selain menuntut mereka membuat permohonan maaf gara-gara kerana insiden baru-baru ini.

Terdahulu, penonton di Axiata Arena memberi sorakan gemuruh apabila penyanyi asalnya Dato Sri Siti Nurhaliza tampil membuat kejutan dengan turut muncul dalam persembahan Anta Permanan bersama dengan Bob. Namun, sewaktu siaran langsung yang bersiaran di TV3, berlaku sedikit kesilapan teknikal yang memperlihatkan seolah-olah mikrofon milik penyanyi No 1 negara itu seperti tidak berfungsi.

Sebagai info, Siti telah menjelaskan menerusi video yang dimuatnaik di laman YouTube nya yang mana ‘comeback’ kali ini adalah bagi menyokong persembahan Bob serta komposer lagu tersebut.Malah, keputusannya untuk kembali ke pentas itu juga dilakukan di saat akhir setelah mendapat persetujuan dari suaminya, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa atau lebih dikenali sebagai Datuk K.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

[the_ad id="14544"]

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.