Seperti biasa, masyarakat Malaysia sangat sensitif dalam segala hal terhadap artis kegemaran mereka termasuklah cara berpakaian dan tingkah laku. Apatah lagi di bulan Ramadan ini, kalau boleh artis pujaan mereka ini seharusnya menunjukkan contoh yang baik kepada masyarakat di luar sana.
Nampaknya, sekali lagi peminat setia selebriti terkenal, Alicia Amin meluahkan rasa kecewa apabila model itu memuat naik sekeping gambar separuh bogel di Instagram semalam. Gambar yang di ambil dalam bilik air di sebuah hotel terkemuka di Kota Kinabalu itu memaparkan Alicia dengan aksi mengghairahkan hanya menggunakan tuala untuk menutup bahagian intimnya.
Entri itu sekali lagi mencetuskan kontroversi di media sosial. Tindakan Alicia memuat naik gambar sedemikian disifatkan tidak sesuai ketika di bulan Ramadan. Tapi siapa tahu, entah-entah ini gambar lama kan? Cepat sangat peminat nak kecam!
Walaubagaimanapun, ada yang memuji penampilan Alicia yang begitu memukau. Yang pengkritik pula memberikan komen penampilan sebegitu tidak sesuai tatkala umat Islam menanti beberapa hari lagi menjelang Syawal. Tepuk dada tanyalah selera.