Malam tadi telah berlangsungnya sebuah konsert menghimpunkan penyanyi BBNU yang disiarkan secara langsung di sebuah stesyen TV Swasta. Ia menyaksikan 12 peserta yang berasal dari Malaysia, Indonesia, Korea Selatan, Thailand dan Brunei sekali lagi berentap selepas tiada penyingkiran dibuat pada minggu pertama.
Sheryl Shazwanie Tersingkir
Dalam konsert minggu kedua ini, peminat agak terkejut apabila Sheryl Shazwanie telah diumumkan tersingkir biarpun pada mulanya Chaleeda Gilbert mendapat markah terendah. Namun, undian daripada peminat berjaya menyelamatkan penyanyi dari Thailand itu. Pada minggu ketiga kelak, semua 11 peserta bakal mempersembahkan lagu berdasarkan tema Global Hits.
Peminat Bertelagah
Dalam perkembangan lain, di media sosial terdapat pula perbalahan diantara mengenai juri jemputan, Datuk Syafinaz Selamat yang telah bergandingan bersama dua juri tetap iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Judika.
Menurut salah seorang netizen, Syafinaz dilihat seperti sengaja memalukan orang lain termasuk Siti.
Peminat Puji Kolaborasi Siti Dan Syafinaz
Biarpun begitu, rata-rata netizen yang lain tidak bersetuju dengan kenyataan tersebut memandangkan niat Syafinaz hanya ingin bertanya mengenai perkembangan Chaleeda memandangkan ini adalah kali pertama guru vokal itu mendengar nyanyian persembahannya.
Malah mereka akui, gandingan Siti dan Syafinaz sebagai juri merupakan satu kombinasi yang tepat memandangkan kedua-dua mereka punyai latar belakang yang berbeza dan berpengalaman luas dalam dunia hiburan. Pentas Big Stage minggu kedua juga menyaksiakan penyanyi dari Korea, Han Byul muncul sebagai VIVO BBNU Of The Week yang pertama.