Tidak dinafikan namanya sejak beberapa minggu yang lalu mula menjadi sebutan ramai selepas muncul debut dalam sebuah ‘naskhah’. Melihatkan pada kejayannya,sebuah portal tertarik untuk menemubual pelakon wanita ini bagi berkongsikan kejayaan dan perkembangan kariernya yang terkini.
Mula Besar Kepala
Sikap pelakon ini dia sememangnya mudah mesra namun disebalik sikapnya itu terdapat beberapa perkara yang membuatkan beberapa pihak kurang menggemarinya. Sebagai contoh, dia mula mengungkit soalan sesi temubual yang mana tidak disertakan pada teks awal yang mereka berikan padanya. Walhal, soalan tersebut merupakan soal kerjayanya ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan ianya ditanya sekadar mengisi baki masa yang ada.
Tidak cukup dengan itu, usai dari temubual pelakon ini, dia mula meminta pelbagai permintaan untuk disertakan bersama kononnya bagi memperlihatkan temubual tersebut kelihatan eksklusif di matanya dan bertegas bahawa mereka telah menjanjikan sesuatu biarpun hanya pada fikirannya semata-mata.
Melihatkan pada sikapnya itu, jika dibandingkan dengan pengalaman temubual ramai artis yang jauh lebih popular dan berjaya daripadanya, mereka lebih mudah bekerjasama dan tidaklah ‘demand’ dan ‘diva’ seperti pelakon yang mungkin sekadar ‘one hit wonder’ ini!