Pengarah dan penerbit Radius One Production, Shahrulezad Mohameddin berkongsi kenangannya sewaktu menjayakan drama siri menyentuh hati pada Ramadan 2010, Syurgamu Ramadan.
Pelakon Blur & Tak Tahu Watak
Menerusi posting di Instagram, Sharulezad mendedahkan dia telah menghasilkan skrip naskhah tersebut di set penggambaran manakala pelakon yang terlibat tidak tahu mengenai watak mereka dan plot yang berkaitan.
“Saper ingat citer ni lagi? Kenangan citer abam buat skrip kat set. Pelakon semua blur tak tahu character dan plot kemana.
“But i am so blessed sebab cast abam dalam project ni letak kepercayaan pada abam 150%! Mereka tidak mempersoalkan keputusan atau justifikasi saya.”- dedah Shahrulezad
Menurutnya, mereka yang berlakon di bawah arahannya disifatkan dalam keadaan ‘bahaya’ terutama buat kepada pelakon yang terlalu bergantung kepada skrip kerana jalan cerita projek yang dilakukan Shahrulezad sentiasa berubah-ubah.
“Berlakon bawah abam ni sebenarnya bahaya especially pada artis yang scripted atau terlalu berpegang pada skrip. Kelemahan dan kekuatan adalah saya seorang yang tidak dapat diramal.
Kebanyakan projek saya kebanyakan tidak pasti penceritaannya. Apatah lagi ending. Lain yang abam present kat station TV lain yang muncul di skrin TV.”-katanya
Titip Pesanan Untuk Pelakon
Di kesempatan itu, figura ini turut menitipkan pesanan kepada pelakon yang terlibat dengan produksinya untuk bersedia menghadapi segala kemungkinan atau perubahan secara tiba-tiba
“So kalau korang nak berlakon dengan abam korang kena standby segala kemungkinan atau perubahan yang secara tiba-tiba. Kalau korang sejenis ‘buku’ then korang akan ada sedikit masalah dengan cara abam.”- katanya lagi