Sebuah pendedahan yang dibuat oleh peguam terkenal, Asiah Abd Jalil tular di media sosial selepas dia membuat kenyataan menerusi akaun Facebooknya menyatakan bahawa isteri pertama kepada Da’i Farhan telah diceraikan yang kini sedang sarat hamil anak kedua mereka.
Dengar Rakaman Suara Da’i Farhan
Menurut Asiah, dia mendakwa telah mendengar rakaman suara Da’i Farhan yang telah menceraikan isteri pertamanya, Fatin Nurul Ain dengan talak satu menerusi aplikasi WhatsApp. Jelas Asiah, antara sebab mengapa pendakwah tersebut menceraikan Fatin adalah kerana dia didakwa telah nusyuz dan memfitnah suami.
Dakwa Dipukul Dan Dikurung
Lebih mengejutkan, Asiah turut mendedahkan bahawa Fatin telah dipukul dan dikurung oleh suaminya itu pada 22 November yang lalu dan laporan polis telah dibuat oleh ahli keluarganya. Difahamkan Farhan kini sedang berada di China bersama isteri keduanya.
Beberapa hari yang lalu, nama Juara Da’i Pendakwah Milenia TV3 2014 itu tular sehingga ke hari ini apabila dia mendedahkan pernah didekati oleh 18 wanita yang menawarkan diri untuk menjadi isteri keduanya menerusi sebuah temubual bersama sebuah portal hiburan.
Terdahulu, Farhan telah membuat dua laporan polis dan mengemukakan tuntutan saman kepada kawan baik isterinya dan beberapa individu lain yang didakwa memfitnah dirinya. Sehingga kini tiada penjelasan lanjut dari Da’i Farhan mengenai isu perceraian isteri pertamanya.