23.1 C
Malaysia
Saturday, October 26, 2024
[the_ad id="14542"]

Latest Posts

PDRM Mahu Siasat As’ad Motawh Gara-Gara Video “Kejar Masa”

Tular di media sosial harini apabila pemilik kenderaan Mercedes-Benz didakwa memasang flicker blue light untuk kegunaan peribadi. Video yang dimuat naik di TikTok itu telah menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan netizen.

Guna Flicker Light Blue Untuk Kejar Masa?

Melalui perkongsian @ardnie di Twitter, seorang lelaki bernama Shahrizan telah berkongsi satu video pendek di TikTok. Menerusi video tersebut, dia telah menunjukkan flicker blue light yang dipasang di keretanya bagi meredah kesesakan lalu lintas.

Foto – Twitter

Alasannya flicker blue light itu bertujuan untuk membantunya sampai ke destinasi yang ingin dituju dengan cepat disebabkan mahu mengejar masa. Malah yang menarik perhatian netizen selepas menonton video pendek tersebut adalah kelibat As’ad Motawh yang berada di tempat duduk belakang.

Foto – Twitter

“As’ad Motawh Buat Hal Betul”

Rata-rata rakyat Malaysia sedia maklum, pihak polis sahaja yang boleh menggunakan flicker light blue ini untuk tujuan kecemasan. Melihatkan kelibat As’ad di dalam kereta tersebut, netizen beranggapan penyanyi tersebut menggunakan lampu itu bertujuan untuk meredah kesesakan trafik dengan cepat.

Foto – Twitter

Tidak mahu timbul isu ini dibiarkan dan ramai mengambil kesempatan, netizen mula tag akaun rasmi PDRM di Twitter bagi melakukan siasatan dengan telus dan adil.

Foto – Twitter
Foto – Twitter

Netizen juga berharap agar orang ramai tidak melakukan hal yang sama dengan mengambil kesempatan bagi tujuan peribadi. Sekadar info tambahan, As’ad Motawh merupakan anak kepada Dato’ Yustita Sidi Al-DJabbar iaitu wakil rakyat di Malaysia.

Foto – @yjaldjabbar (Instagram)

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

[the_ad id="14544"]

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.