Konsert minggu keempat Gegar Vaganza 7 (GV7) mencatatkan sejarahnya tersendiri pada malam Ahad. Bertemakan ‘lagu berhantu’, bukan sahaja menyaksikan dua penyingkiran dilakukan malah turut dianggap sebagai penyingkiran yang paling ramai pernah direkodkan sepanjang penganjuran Gegar Vaganza.
Eva & Indigo Terendah Minggu 4
Ini kerana dua kumpulan di dalam GV7, Eva dan Indigo terpaksa berpuas hati dengan markah terendah pada minggu ini sekaligus menamatkan perjalanan kedua-dua kumpulan ini masing-masing terdiri dengan tiga dan empat orang ahli kumpulan mereka.
Tiada Lagi Kumpulan Dalam GV7
Dengan penyingkiran tersebut, ini bermakna tiada lagi penyertaan kumpulan di dalam GV7 dan gagal memecah rekod One Nation Emcees, sebagai satu-satunya kumpulan yang berjaya mara ke peringkat akhir. Bagi minggu keempat, Jennifer Thompson telah diundang sebagai juri jemputan.