22.3 C
Malaysia
Saturday, October 5, 2024
[the_ad id="14542"]

Latest Posts

“Otak Tinggal Kat Mana? ” – Jimmy Couture Mengamuk! Ratu Cantik ‘Reject’ Baju Rekaan Saat Akhir

Pereka fesyen terkenal,Jimmy Couture berang serta meluahkan rasa kecewa berikutan Miss Grand Malaysia 2021, Lishalliny Kanaran dikatakan telah menolak busana rekaannya di saat-saat akhir.

Terdapat Kesilapan Teknikal 

https://www.instagram.com/p/CWSICmXP62s/

Menurut Jimmy, dia telah bersusah payah menyiapkan ‘Evening Gown’ berwarna hijau yang seharusnya dipakai oleh Lishalliny atau lebih mesra disapa sebagai Lisha di peringkat ‘Preliminary’ kelak. Namun, busana tersebut hanya akan dipakai oleh Lisha pada sesi sidang media. Difahamkan, busana tersebut telah ditolak berikutan terdapat kesilapan teknikal pada bahagian payudara. Namun jelas pereka fesyen itu, ia boleh diperbaiki semula dengan mudah.

“Boleh nilaikan..sedikit punya hal dekat dada itu saja. Saya boleh saja letak cup (cawan untuk payudara pada baju) dan selesai..

“Kenapalah dia tolak tak bagi untuk ‘prelim’? Bukannya masalah besar tetiba sesuka hati nak letakkan baju saya untuk sidang media? Kau hilang akal ke?” tulis Jimmy yang turut memuatnaik foto gaun tersebut

Jimmy Kecewa, Buang Masa & Duit 

Kata Jimmy lagi, selain terpaksa menolak tempahan pelanggan buat seketika, dia juga telah menghabiskan ribuan ringgit untuk menaja busana tersebut. Akui menyesal kerana menggambil tanggungjawab menyiapkan busana tersebut, Jimmy turut menyifatkan tindakan ratu cantik itu sebagai tidak berbudi bahasa.

“Kau ingat modal nak buat eg(Evening Gown) ini seringgit ke seratus ke? Beribu! Now beribu sesalanlah yang aku dapat dek kerana drama kau !

“Aku tak tidur, aku buang duit aku buang tenaga , tolak pelanggan yang nak pesan baju semata-mata nak fokus siapkan baju kau, tangan bengkak sakit , sanggup tak balik jumpa mak ayah aku semata-mata nak terkejar siapkan eg kau! Akhir sekali tak jadi pakai! Otak tinggal kat mana? Dah terlambat nak berurusan semula dengan aku..

“Aku rasa bodoh sebab ambil tanggungjawab dan harapan palsu kau!! Lihatlah dunia.. wujud dunia tipu-tipu rupanya ! Salam” tegas Jimmy

Lisha Tampil Beri Penjelasan 

Dalam perkembangan berkaitan, Lisha menerusi sebuah hantaran video di Instagram miliknya tampil menjelaskan perihal sebenar. Menurutnya, dia terlebih dahulu mempunyai pereka fesyen tersendiri yang sudah sekian lama bekerjasama. Namun, tidak menyangka akan turut menerima rekaan daripada Jimmy. Susulan daripada isu penolakan busana tersebut, Lisha berkata keputusan tersebut bukan bersifat peribadi malah ia hasil sebulat suara bersama pasukannya.

Enggan kontroversi tersebut menganggu konsentrasi nya pada minggu ini, Lisha berkata dia ingin membuat penampilan dan persembahan yang terbaik demi Malaysia pada pertandingan Miss Grand International 2021.

BACA LAGI :Dulu Dibuli Kerana Gemuk, Wanita Berubah Dan Berjaya Menang Miss Universe Vietnam 2021

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

[the_ad id="14544"]

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.