32.2 C
Malaysia
Saturday, September 14, 2024

Latest Posts

“Orang Macam Ni Patut Diajar”-Fizo Omar Komen Isu Lelaki Hina Islam

Sebelum ini pernah tular satu rakaman video di media sosial yang menunjukkan seorang lelaki yang mengeluarkan kata-kata berbaur penghinaan terhadap Islam yang telah mencetuskan kemarahan orang ramai termasuklah pelakon, Fizo Omar yang turut bersuara terhadap video tular itu.

Perlukan Terapi Mental

Menerusi Instagram, Fizo berpendapat individu sebegitu seharusnya diajar dan memerlukan terapi mental disebabkan tindakannya yang dianggap melampau.

“Saya rasa dia perlukan terapi mental. Orang macam ni patut ‘diajar’. Terlalu melampau. Saya hanya hairan sebab apa dia muatnaik video macam tu. Nak attention atau nak cari pasal??-Tulis Fizo

“Rasa Geram Lain Macam Tu Bila…”

Rasa geram dengan apa yang diperkatakan oleh lelaki itu dalam video tular tersebut, Fizo menyeru pihak berkuasa agar mengambil tindakan yang setimpal agar tiada lagi individu yang kurang cerdik mahu bertindakan sedemikian lagi.

“Rasa geram lain macam tu bila dengan apa dia cakap pasal agama kita. Bangsa sendiri pulak tu. Saya rasa pihak berkuasa harus mengambil tindakan serta-merta yang setimpa kepadanya supaya lepas ni takde dah orang kurang cerdik nak buat macam ni lagi.”-Tulis Fizo

Dipetik dari laporan Berita Harian, pihak polis telah menahan lelaki yang didakwa keterlaluan mempersenda dan menghina umat Islam serta Nabi Muhammad SAW melalui satu hantaran video di media sosial pada 17 Julai baru-baru ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.