8 tahun di dalam industri hiburan membuatkan pelakon Oktovia Manrose,29 lebih berhati-hati untuk berkongsi kisah peribadi kepada umum.
Enggan Dedah Kisah Peribadi
https://www.instagram.com/p/B-3XhybgF9l/
Dedah Oktovia, kegagalan dalam rumahtangganya terdahulu membuatkan dia lebih selesa untuk tidak berkongsi perkembangan peribadi di media sosial dan hanya berbuat demikian sekiranya berkaitan dengan promosi kerjayanya sebagai seorang pelakon.
“Sebelum ini saya pernah berkahwin dan bercerai serta mempunyai seorang anak berumur 8 tahun. Mungkin disebabkan kehidupan ketika perkahwinan terdahulu membuatkan saya ingin kekal di zon selesa sahaja dan enggan pergi lebih. Jadi itulah menyebabkan saya jadi macam tak expose sangat. Tengoklah di media sosial, nak post pun jarang-jarang kecuali berkaitan dengan kerja” katanya kepada Murai.my
Dapat Kekuatan Dari Bapa
Redha dengan segala ketentuannya, Oktovia menganggap ianya merupakan sebagai satu lumrah kehidupan dan akui mendapatkan semangat serta kekuatan dalam menjalani hidup daripada bapanya yang juga bekas penyanyi dangdut popular, Iwan.
” Itu lumrah hidup, kita kahwin dan bercerai saya rasa itu normal. Semua kekuatan yang saya ada sekarang adalah daripada bapa saya. Walaupun jarang berjumpa dan sejak dia berdakwah, dia tidak pernah menghalang saya untuk lakukan apa sahaja. Namun dalam masa yang sama, dia tetap menitipkan nasihat dan berdoa mungkin satu hari nanti akan jadi lebih baik sepertinya, Insyallah” jelas kakak kepada pelakon Aprena Manrose ini
Bersedia Sekiranya Ada Yang Serius
Ketika ditanya mengenai adakah dia sedia untuk menerima mana-mana lelaki sebagai teman hidup, jelas Oktovia buat masa ini dia belum bersedia ke arah itu. Tidak menolak sedikit trauma, bagaimanapun Oktovia bersedia untuk membuka pintu hatinya sekiranya terdapat invididu yang sememangnya serius untuk menjadikannya sebagai seorang isteri.
“Mungkin trauma, tapi saya enggan memikirkannya lagi. Tapi sekiranya lelaki itu tidak menunjukkan dia tidak serius dengan saya, selagi itulah saya macam biasa-biasa sahaja dan mungkin sekadar kawan. Saya memang jenis yang sukar untuk tunjuk dekat orang, mungkin belum jumpa calon yang sesuai”
“Saya tidaklah serik dan adakalanya sunyi juga.Tapi mungkin sebab ada anak dan keluarga yang membuatkan saya tidak ingat sangat pasal benda itu. Dalam masa yang sama saya ada berdoa dipertemukan dengan jodoh yang baik dan kalau boleh macam kalau jumpa yang macam itu terus nak kahwin” tambahnya lagi
Oktovia ditemui Murai.my di sidang media pengenalan barisan selebriti yang bernaung di bawah Absolut Talents & Management pada petang Ahad di Connexion, Bangsar. Oktovia pernah berkahwin dengan seorang lelaki dikenali sebagai Mohd Izat Abdul Rahman sekitar 2011 dan berpisah pada tahun 2013. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Rayyan Zafarrel bin Mohd Izat,8 tahun.