Menerusi Daily Mail,pendedahan terbaharu yang dibuat oleh bekas Ratu Cantik Moscow, Rihana Oksana atau kini dikenali sebagai Oksana Voevodina mengenai bekas suaminya Sultan Muhammad V ternyata mengejutkan.
Panggilan Telefon Dari ‘Bob’
Ini kerana menurut Oksana, dia telah ditengking oleh seorang wanita yang tidak dikenali ketika menjawab panggilan telefon bimbit suaminya dua hari selepas perkahwinan mereka. Dedah Oksana, pada ketika itu suaminya sedang mandi dan pada panggilan telefon tersebut tertera nama ‘Bob’ yang menyangka ianya adalah rakan Sultan Muhammad di Amerika yang ingin mengucapkan tahniah atas perkahwinan mereka.
Namun sangkaan Rihana meleset, kerana panggilan suara itu datangnya dari seorang wanita yang secara tiba-tiba menengkingnya dan turut mengaku sebagai isteri kepada Sultan Kelantan, dipercayai seorang model dari Czech Republic. Sejurus selepas itu, Rihana segera bertanyakan pada Sultan Muhammad siapakah wanita tersebut lantas Sultan Muhammad menjawab wanita yang menghubunginya itu adalah bekas isterinya.
“Dua hari selepas itu, segala-galanya berubah. Suami saya ketika itu sedang berada di dalam kamar mandi”
“Telefonnya berbunyi dan tertera nama Bob. Saya ingatkan ianya adalah dari rakan terdekat ataupun rakan dari Amerika yang ingin mengucapkan tahniah atas perkahwinan kami”
Namun bila saya angkat panggilan tersebut, kedengaran jeritan suara seorang wanita seperti histeria yang menjerit kepada saya. ‘Saya adalah isterinya. Dan jangan berani mengangkat panggilan telefon milik suami saya’ ” kata Oksana seperti yang dipetik dalam Daily Mail.
Diana Petra Isteri Pertama?
Dalam kenyataannya itu, Oksana turut memberitahu wanita tersebut menggelarkan dirinya sebagai Diana Petra.
“Faris keluar dari kamar mandi dan bertanyakan pada saya apakah yang telah terjadi. Lalu dia mengambil telefon bimbit tersebut dan pergi ke bilik yang lain”
“Tidak lama kemudian, dia kembali dan memberitahu panggilan tersebut datangnya dari bekas isteri yang marah kerana tidak mengetahui mengenai diri saya (Rihana)”
“Dia turut memberitahu terdapat isu diantara mereka mengenai urusan harta yang tidak diselesaikan lagi”
“Faris memberitahu bahawa saya adalah satu-satunya isterinya dan sijil pernikahan hanya akan diberikan buat satu-satunya isterinya”
Lebih mengejutkan, Oksana mendedahkan wanita tersebut turut menghubungi bapanya, Andrey Gorbatenko yang mengaku telah berkahwin dengan Sultan Kelantan itu.
Dedah Sijil Pernikahan
Dalam perkembangan lain menerusi temubual bersama Ksenia Sobchak yang merupakan ‘anak emas’ kepada Vladimir Putin’s , Oksana telah menunjukkan sijil pernikahan suaminya bersama seorang wanita Czech sekitar tahun 2010. Bagaimanapun, Sultan Muhammad tidak memberi sebarang penjelasan mengenai dakwaan tersebut selain terdapat sumber yang mengatakan pihak istana menyalahkan Oksana diatas pengumuman perkahwinannya.
Dikhabarkan antara punca perpisahan Oksana adalah kerana pendedahan penglibatan wanita itu disebuah rancangan realiti sekitar tahun 2013 yang mana dia telah menjalinkan hubungan intim bersama seorang lelaki Mexico di dalam sebuah kolam renang.