Pada 1 November lalu pelakon baru, Nynaa Harizal dikatakan telah diculik oleh bapa kandungnya, Mejar Harizal Hashim yang merupakan seorang pesara tentera.
Acu Pistol Pada Pengawal Peribadi, Beri Amaran Lepaskan Tembakan
Memetik laporan awal dari Geng Borak, insiden yang berlaku di set penggambaran sebuah drama di Shah Alam, Selangor pada 1 November lalu telah mengejutkan krew produksi berikutan bapa Nyna bertindak mengacukan sepucuk pistol ke arah perut pengawal peribadi pelakon itu. Malah, Harizal juga telah memberi amaran akan melepaskan tembakan sekiranya dia dihalang untuk mengambil anaknya.
Difahamkan, insiden itu disebabkan perkahwinan Nynaa dengan Ketua Pengarah Kewangan sebuah syarikat pelaburan, Fahmi Ilyas, 29, pada 28 Ogos lalu tidak direstui oleh keluarga finalis Dewi Remaja 2019/2020 itu. Turut dikatakan, faktor kewangan antara punca mengapa perkahwinan mereka tidak direstui.
Ibu Tarik Nynaa Ke Dalam Kereta
Dalam insiden tersebut bapa Nynaa berada di set pengambaran itu bersama isteri dan seorang lagi anak perempuannya. Ketika itu, ibunya telah menarik pelakon itu masuk ke dalam kereta sebelum membawanya pergi.
Susulan itu, Fahmi telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut dan mengharapkankan mereka dapat menyelamatkan isterinya yang dilarikan secara paksa. Jelasnya, perbuatan tersebut disifatkan sebagai jenayah kerana memeras ugut mereka untuk mendapatkan wang.
Lagi berita lanjut menyusul selepas sidang media tergempar pada petang ini.