Aktivis, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid meluahkan rasa kecewa terhadap seorang warganet di media sosial yang memberikan maklumat palsu mengenai bapanya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang dikatakan telah dilantik sebagai Menteri Besar Johor baru-baru ini.
Dakwa Lihat Zahid Dilantik Sebagai MB Johor
Menerusi Insta Stories, Nurulhidayah berkongsi tangkap layar Direct Message (DM) daripada seorang warganet yang memberitahu melihat bapanya telah dilantik sebagai Menteri Besar Johor kononnya dari hantaran media sosial milik Sultan Johor.
“Saya ikuti cerita Puan Nurul serba sedikit. Namun tidak selalu. Dan apabila saya lihat di page Sultan Johor, ayah Puan Nurul dilantik sebagai Menteri besar Johor”- tulis netizen tersebut
Netizen Salah Sangka
Anak kepada Presiden UMNO ini kemudian membalas DM tersebut dengan menyatakan bahawa netizen tersebut telah salah sangka dan berseloroh Menteri Besar Johor, Dato Onn Hafiz yang masih muda tidak mungkin sebaya dengan bapanya.
“Waalaikumussalam, saya rasa puan salah maklumat ni. Dato Onn Hafiz bukan ayah saya. Mana mungkin ayah saya sebaya dengan saya”-Balas Nurulhidayah
Dedah Tujuan Kongsi DM Netizen
Jelasnya, dia enggan mendedahkan identiti warganet yang telah menghantar DM padanya. Malah, tujuan dia berkongsi di Insta Stories untuk memberi pengajaran kepada orang ramai untuk mendapatkan maklumat yang sahih sebelum mahu menyampaikan sesuatu.
“Saya tak dedahkan siapa pun yang DM. Tujuan saya share agar dapatkan maklumat yang sahih sebelum kita hendak sampaikan sesuatu. Kadang-kadang kita suka ambik dan petik dari sesuatu yang tak sahih”-Jelas Nurulhidayah
Di akhirnya hantarannya itu, Nurulhidayah akui tidak berasa marah namun kecewa dengan sesetengah pihak yang gemar mempercayai sesuatu perkara yang tidak sahih.