30.4 C
Malaysia
Saturday, September 14, 2024

Latest Posts

Nurulhidayah Pernah ‘Kenenkan’ Siti Bainun Dengan Adik Bongsu, Akui Rasa Dikhianati

Aktivis, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid tampil mendedahkan bahawa keluarganya pernah rapat dengan pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun yang kini berada dalam siasatan pihak mahkamah berikutan kes penderaan anak istimewa, adik Bella.

Akui Mengenali Siti Bainun

Menerusi hantaran di Instagram, Nurulhidayah akui dia pernah mengenali Siti Bainun suatu ketika dahulu dan menceritakan bahawa Siti Bainun adalah seorang yang suka membantu orang dengan kerja-kerja amal  yang dilakukan.

“Sebagai kakak sulung, saya sentiasa mahu yang terbaik untuk adik-adik saya. Mengenali OKT pada suatu ketika dahulu. Dia seorang yang peramah dan suka membantu orang dengan kerja-kerja amal yang dia lakukan.”-Nurulhidayah

Pernah ‘Kenenkan’ Siti Bainun Dengan Adik Bongsu

Tambahnya lagi, Nurulhidayah juga menceritanya dirinya yang agak nakal pernah ‘kenenkan’ Siti Bainun dengan adik bongsunya. Namun, hubungan mereka menjadi semakin renggang disebabkan tiada keserasian.

“Saya agak nakal untuk ‘kenenkan’ atau ‘match make’ Adik Bongsu saya dengan OKT. Apa yang berlaku selepas usikan demi usikan, mereka menjadi rapat. Tetapi Allah lebih Maha Mengetahui.

Hubungan mereka sering tegang dan menjadi semakin renggang. Saya menasihati adik saya agar lupakan hubungan yang ‘toksik’ seandainya tiada sefahaman dan rasa saling menghormati.”-Nurulhidayah

Di akhir hantaran nya, Nurulhidayah menjelaskan bahawa keluarganya tidak pernah melihat latar belakang sesiapa sahaja yang mahu mendekati mereka. Malah, mereka tetap santuni sesiapa sahaja walaupun kaya, miskin, cacat atau sempurna.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.