22.3 C
Malaysia
Saturday, October 5, 2024
[the_ad id="14542"]

Latest Posts

Nur Sajat Tidak Akan Pulang Ke Malaysia, Akui Sudah Jual Semua Bisnes

Sejak dikhabarkan berjaya menyelusup ke Thailand, berita mengenai usahawan sensasi Nur Sajat ternyata mendapat liputan luas. Bukan sahaja media tempatan malah isu tentang transgender ini turut dilaporkan dalam media antarabangsa.

Tidak Akan Pulang Ke Malaysia 

https://www.instagram.com/p/CVKx4BaphO9/

Selain memaklumkan dirinya sudah berhijrah ke Australia serta mempunyai sebuah rumah, Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajat Kamaruz Zaman akui tidak mempunyai sebarang perancangan untuk pulang ke Malaysia biarpun masih mempunyai keluarga dan sepasang anak angkat kembar. Dedahnya lagi, semua perniagaan di tanah air telah pun dijual namun tidak menyatakan dengan terperinci mengenainya.

“I tak akan balik ke Malaysia

“I dah jual semua bisnes I dekat Malaysia” kata Sajat menerusi Instagram Live baru-baru ini

Bagaimanapun, jelas pelantun Makhluk Penggoda itu dia akan memulakan perniagaannya semula di Australia sejurus selesai menjalani kuarantin kendiri tidak lama lagi.

“I sekarang dekat Australia dan tak nak pandang belakang

“Habis je kuarantin dua minggu, I akan berjalan-jalan

“I akan all out habis kuarantin nanti” tambahnya

Bagi Nafkah Bulanan Kepada Keluarga

Ketika ditanya perihal keluarganya, Sajat berkata dia sentiasa bertanyakan khabar mengenai mereka apatah lagi sering membuat panggilan video. Kongsi Sajat, dia masih memberikan wang perbelanjaan kepada kedua ibubapanya setiap bulan meskipun jarang bertemu sebelum ini.

“Sesetengah orang itu walaupun rumah dekat tapi jarang jumpa mak ayah, jarang bagi nafkah kadang tak jumpa pun

“Macam sajat walau dimana pun Sajat berada Sajat sentiasa video call dan setiap bulan bagi elaun dekat dorang” katanya

Terdahulu, Murai.my melaporkan Sajat berkongsi beberapa keping foto sebuah rumah yang didakwanya sebagai rumah baru di Australia. Selain rumah, usahawan itu turut mendapat bantuan daripada kedutaan Australia dalam pelbagai bentuk termasuklah pendidikan dan skil perniagaan. Sebelum ini, Sajat telah menggunakan ‘tiket’ kad pelarian Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) yang dikeluarkan ibu pejabat suruhanjaya itu di Bangkok untuk menetap di Australia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

[the_ad id="14544"]

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.