Menerusi IGTV di laman Instagram @nursajatgold02, usahawan sensasi terkenal Nur Sajat Kamaruzzaman atau lebih dikenali sebagai Sajat menjelaskan keadaan sebenar mengapa dia menangis dan kononnya telah ditahan oleh pihak berkuasa baru-baru ini selepas diajukan pertanyaan tersebut oleh pengikutnya.
[Kemaskini] Akui Ditahan
Menerusi posting terbaharunya, Sajat akui ditahan baru-baru ini berikutan bagi memberi kerjasama kepada pihak JAIS. Namun disebalik kerjasama yang diberi, Sajat mendakwa dia telah dikasari serta turut dihina. Malah dedahnya, tangan dan badannya juga bengkak kesan daripada pergelutan untuk melepaskan dirinya daripada ditahan selepas memberikan kerjasama.
https://www.instagram.com/tv/CJ4_PtohvgT/?igshid=6yfeq67ngq0q
Sewa Tinggi Punca Kedai Tutup
Terlebih dahulu, menerusi akaun Instagram perniagaannya, Sajat menjawab pertanyaan pengikutnya berikutan kedai emas pertama yang dibukanya di Padang Jawa, Shah Alam telah pun ditutup. Jelas Sajat, kedainya kini telah berpindah lokasi memandangkan sewanya sebelum ini agak tinggi dan pihaknya tidak lagi mampu membayar jumlah sewa tersebut.
“dah tutup sayang kita dah pindah semua dekat kota damansara”
“tutuplah sayang, sewa mahal sangat. 36 ribu mampu ke nak bayar time PKP ni? 36 ribu sayang sewa dia. Kak Jat tak mampu, Kak Jat ambillah kedai lain” dedah Sajat
Terdahulu, Murai.my melaporkan Sajat menangis sambil menunjukkan tangannya yang bergari.
Video tersebut telah menimbulkan pelbagai spekualasi oleh warganet termasuklah dakwaan dia ditangkap oleh JAIS untuk membantu siasatan kerana melakukan kesalahan di bawah seksyen 10 (B), enakmen jenayah Syariah (Selangor) 1995.