Usahawan sensasi Nur Sajat sekali lagi bertindak memadam akaun Instagram nya secara tiba-tiba berikutan kononnya terdapat dakwaan mengatakan lokasi persembunyiannya telah diketahui.
Padam Instagram Sebab ‘Kantoi’?
Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman sebelum ini hanya sekadar berdiam diri dan sekadar memuatnaik hantaran promosi produknya, namun sejak bulan lalu dia kelihatan ‘berani’ berkongsi hantaran video dan foto dirinya dipercayai berada di sebuah lokasi.
Netizen Terus Spekulasi Lokasi Sajat
Beberapa spekulasi mengenai lokasi Sajat bersembunyi terus dibongkar oleh netizen. Jika lokasi di sebuah kondominium mewah di Johor Bahru dikatakan tidak tepat selepas pihak polis menjalankan siasatan, terdapat dakwaan mengatakan pelantun Makhluk Penggoda ini berada di Thailand selepas beberapa tangkap layar videonya sebelum ini menyerupai salah sebuah lokasi villa di sana.
Terdahulu, Murai.my melaporkan Sajat seperti seolah-olah sengaja mempermainkan pihak berkuasa selepas sengaja mendedahkan lokasi nya di Instagram. Namun, menurut rata-rata netizen foto dan video tersebut merupakan simpanan Sajat sebelum baru memuatnaik di media sosial.
Sebagai info, kali terakhir Sajat bertindak memadam Instagram nya adalah sekitar Mac selepas waran tangkap terhadapnya dikeluarkan. Ia berikutan usahawan itu gagal hadir ke mahkamah pada sebutan semula kesnya, yang didakwa berpakaian wanita ketika majlis bacaan Yasin dan solat hajat, pada 7.30 malam, 23 Februari 2018 di premis kecantikannya, Nursajat Beauticion, Jalan Serai Wangi G16/G, Seksyen 16, Shah Alam