Pada petang Rabu, Murai.my melaporkan usahawan kontroversi, Nur Sajat membuat pendedahan kononnya dia telah dijemput memenuhi undangan program bual bicara terkemuka Hollywood, The Ellen Show.
Bakal Bertemu Ellen
Menurut Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman dia bakal terbang ke Amerika Syarikat pada Januari depan untuk bersama-sama dengan hos program itu, Ellen DeGeneres.
“Pada bulan Januari, saya akan pergi ke AS untuk The Ellen Show,” katanya menerusi video di TikTok
‘Propa’ Semata-Mata?
Bagaimanapun, pendedahan tersebut telah mencetuskan keraguan dikalangan netizen kerana mendakwa ia hanya sekadar publisiti semata-mata. Jelas seorang netizen, untuk ke Amerika Syarikat, Sajat memerlukan pasport yang sah namun difahamkan pasport miliknya telah dibatalkan.
“Buat peminat Sajat, kita nak bagi happy awak terbantut kejap. Persoalan dia, macam mana untuk dia nak travel to the US sedangkan passport dia sudah kena cancel, and as an asylum seeker, adakah anda rasa sungguh mudah untuk host country (read:Australia) untuk bagi dia travel document?
“Soalan kedua: Bukan ke rancangan Ellen’s sudah last season. Antara sebab utama rancangan bakal ditamatkan adalah kerana staffs treatment dan juga sexual harassment. Mind you TV show works in advance. Dekat TV bru kluar 1 episode, real life season sudah habis shooting. So kita wonder lah” tulis netizen tersebut
Selain itu, buat peminat The Ellen Show mereka sedia maklum mengenai musim terakhir penerbitannya berikutan terdapat pelbagai isu yang membuatkan program itu ditamatkan. Difahamkan episod pertama bagi musim terakhir itu telah pun ditayangkan.
Terdahulu, usahawan transgender itu telah ditemuramah BBC News. Dalam temubual tersebut, Sajat mendakwa dirinya telah ditindas dan menegaskan tidak akan pulang ke Malaysia. Sajat kini menetap di Australia sejak 18 Oktober lalu selepas mendapat suaka politik