Menerusi laman Instagram nya, penyanyi Nourul Depp meluahkan rasa terkilan nya apabila dia ditengking oleh seorang anggota polis yang bertugas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) baru-baru ini.
Terkejut Ditengking Polis
Insiden tersebut berlaku ketika dia ingin menghantar bapa dan ibu mertua nya pulang ke Perancis menaiki pesawat di KLIA. Ketika itu, dia sememangnya akur pada arahan kepatuhan Standard Operasi Prosedur (SOP) yang hanya membenarkan seorang wakil. Namun, dia terkejut dengan tindakan polis tersebut yang kononnya memperlihatkan Nourul seolah-olah tidak patuh pada undang-undang.
Nourul Kesal
Kongsinya lagi, dia berasa kesal kerana tindakan seumpama itu tidak seharusnya berlaku apatah lagi boleh mencalarkan imej Malaysia yang kaya dengan budi bahasa. Biarpun begitu, pelantun Dan Kini itu, sempat bergambar bersama anggota polis yang lain di KLIA yang mana baginya lebih berwibawa dan menjaga tatatertib.
Dalam kesempatan yang sama, bagi mengelakkan kekeliruan bagi kebenaran merentas negara, menurut Nourul mana-mana pelancong yang sebelum ini berada di Malaysia dibenarkan untuk pulang ke negara masing-masing setelah mempunyai tiket penerbangan termasuklah buat ibu dan bapa mertuanya.