22.2 C
Malaysia
Sunday, December 1, 2024
[the_ad id="14542"]

Latest Posts

Noraniza Idris Terkilan, Mahu Bersemuka Dengan Michael Ang?

Pada konsert separuh akhir Gegar Vaganza 7 (GV7) minggu lalu, penyanyi Noraniza Idris telah dikecam di media sosial gara-gara dikatakan menyanyikan lagu Chaiya Chaiya nyanyian asal Sukhwinder Singh dan Sapna Awasthi dengan kurang baik.

Michael Ang Tegur Persembahan Noraniza 

Malah pengarah terkenal, Michael Ang turut memberi komen yang agak ‘pedas’ buat Ratu Irama Malaysia itu yang menganggap suaranya seperti sengau dan merosakkan lagu kegemarannya itu.

“Omg my fav Hindustan songs di bunuh dengan kejam oleh noraniza! Kenapa la nak pergi nyanyi Hindustan! First time dengar lagu Hindustan dgn suara sengau!Tak sedap lagu Hindustan bila suara sengau nyanyi!Sebab itu penyanyi Hindustan suara semua nyaring!” tulis Michael di laman Twitter nya.

‘Kak Ani’ Mahu Bersemuka Dengan Michael?

Dalam perkembangan lain, di media sosial turut hangat memperkatakan mengenai status yang ditulis oleh sebuah akaun Facebook yang didaftarkan dengan nama ‘Akar Kita Zapin’. Dipercayai kononnya milik Noraniza, dalam kenyataan itu dia ingin bersemuka dengan pengarah Perempuan Tanpa Dosa ini sejurus selepas GV7 melabuhkan tirainya pada minggu hadapan.

“Michael Ang.ada hajat besar aku nak berdepan dengan dia lepas GV ini.tunggu lepas GV tamat minggu depan.aku tak sabar nak confront dengan mualaf ini” tulis akaun tersebut

Peminat Pertahankan Ratu Irama Malaysia

Difahamkan, terdapat seorang lagi pengguna di laman Facebook yang dikenali sebagai DC Rahman Aziz Ray bertindak mempertahankan pelantun Dikir Puteri itu dan mengecam kenyataan yang dimuatnaik oleh Michael baru-baru ini. Tegur pengguna tersebut, dia beranggapan tindakan Michael untuk memeluk Islam hanya sekadar mahu meraih simpati peminat dan juga demi populariti.

“Eh Apek! Lu masuk Islam sebab mau raih simpati peminat, populariti dan glamour ka Apek?”

” Seorang Mualaf / saudara baru yang telah memeluk agama Islam seharusnya sudah faham tentang tuntutan Agama Allah dan rata-rata mereka telah berhijrah dari kafir dan fakir luar dan dalam diri kepada beriman dan kaya ilmu!”

“Tapi, Ramai yang melihat lu masuk Islam mau cari publisiti murahan la Apek!” tulis pengguna tersebut

Membidas kenyataan tersebut di laman Twitter miliknya, Michael menafikan bahawa dia memeluk agama Islam hanya kerana ingin popular sebaliknya turut mendedahkan bahawa perihal itu diketahui umum selepas beberapa bulan dia beragama Islam. Malah Michael turut berkata sikap individu seperti ini hanya ingin membuatkan masyarakat lain takut dengan Islam.

Untuk rekod, pada minggu lalu Noraniza berada di kedudukan kedua terbawah dengan perolehan markah sebanyak 55.10% .

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

[the_ad id="14544"]

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.