23.9 C
Malaysia
Saturday, November 30, 2024
[the_ad id="14542"]

Latest Posts

Nora Ariffin Akui Anak Sudah Terima Hukuman

Susulan daripada hantaran terdahulu, penyanyi Nora Ariffin telah memuat naik satu lagi hantaran terbaru mengenai anak perempuannya, Putri Nur Dahlia.

Sudah Terima Hukuman 

Menurut Nora, dia telah mendengar semua pengakuan dan dalam masa yang sama turut memaafkan kesemua pihak yang terlibat. Jelasnya lagi,anak perempuannya itu juga sudah menerima hukuman mengikut landas hukum agama.

“Assalamualaikum. Saya sudah mendengar semua pengakuan.

“Saya juga sudah memaafkan semua orang. Saya juga sudah menghukum anak saya mengikut hukum agama,

Dalam pada itu, Nora mengharapkan agar anaknya itu bertaubat serta mengharapkan ianya menjadi pengajaran dan iktibar buat masyarakat.

“Biarlah dia bertaubat dan meminta ampun kepada Allah swt. Buat masa ni, saya hanya berserah pada Allah swt.

“Moga menjadi pengajaran dan iktibar buat semua. Insya-Allah. Terima kasih buat semua,” tulisnya dalam hantaran Instagram.

Terdahulu, di media sodial tular mengenai video yang memaparkan aksi bercumbu sepasang kekasih yang mana gadis berkenaan merupakan anak perempuan Nora dengan seoang remaja lelaki dikenali sebagai Zuher. Video tersebut mendapat kecaman hebat daripada warganet serta turut menjejaskan nama Nora sebagai seorang penyanyi popular.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

[the_ad id="14544"]

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.