27.3 C
Malaysia
Saturday, October 5, 2024
[the_ad id="14542"]

Latest Posts

Noorkhiriah Kecewa Dipermainkan! Bayaran Dari Produksi Tidak Masuk Akal, Beri Alasan Salah ‘Deal’

Pelakon Noorkhirah meluahkan rasa kecewa terhadap tindakan sebuah produksi yang bersikap tidak acuh mengenai tawaran berlakon yang diberikan kepada nya.

Noorkhiriah Terasa Dipermainkan 

Menurut Noorkhiriah, segalanya telah dimuktamadkan kepadanya termasuk isu bayaran yang dipersetujui. Namun, selepas itu tawaran tersebut ditarik semula berikutan produksi menjelaskan kesilapan mereka.  Jelas pelakon berbakat besar itu, pendedahan tersebut terpaksa dibuat kerana merasakan dirinya dipermainkan.

“Inilah nasib anak seni macam akak..Dulu Akak merajuk kejap pasal ini laa..Tunggu nak shooting je tiba-tiba  cakap nama tak lepas dekat stesen..

“Habis itu yang korang call setiap masa setiap saat itu apa? Akak manusia biasa yang punya hati punya perasaan..Sesabar-sabar manusia hilang juga sabarnya..

“Akak tak marah tapi lebih pada frust..Moga Allah gantikan dengan yang lebih baik..apa-apa ajelah asalkan tidak menyakitkan hati” luah Noorkhiriah

Dalam perkembangan lain, menerusi hantaran di Instagram sebelum ini Noorkhiriah seolah-olah memberi bayangan situasi yang berlaku terhadap diri dan kariernya.

“Bukan kat sini nak meluah rasa sebenarnya tapi ya saya agak geram dengan dunia tipu-tipu ini

“Itu ibarat petunjuk dari Allah..Seolah-olah macam nak gitau ‘Sudah-sudahlah Khiriah..Dunia ini bukan untuk kamu lagi’..”-kongsinya 

Dapat Petunjuk Dari Tuhan

Noorkhiriah atau nama penuhnya Noorkhiriah Binti Ahmad Shapie memberitahu bahawa isu yang terjadi baru-baru ini adalah berbeza namun ia berkait rapat dengan satu perkara yang sama.

“Satu-satu jalan yang buruk ditunjukkan..Maka Pandai-pandailah Noorkhiriah ini membuat pilihan. Semalam kisahnya lain.

Harini kisahnya lain tapi keduanya sama. Berkait rapat dengan dunia. Saya punya MARUAH.”- katanya lagi

Baru-baru ini, Murai MY melaporkan luahan Noorkhiriah terhadap seorang penerbit yang dikatakan menawarkan pelakon gandingan “ala kadar ” untuk digandingkan bersama dengannya dalam sebuah projek lakonan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

[the_ad id="14544"]

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.