21.6 C
Malaysia
Sunday, December 1, 2024
[the_ad id="14542"]

Latest Posts

Netizen ‘Spill The Tea’, Asyraf Khalid Tampil Pertahankan Aazief

Sebelum ini kisah percintaan anak tiri kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza, Aazief Khalid menjadi perbualan hangat di media sosial selepas dia dikatakan telah berpisah dengan kekasihnya yang juga selebriti media sosial terkenal, Tyra Kamaruzaman.

Rata-rata pengikut mereka berasa kasihan dan terkejut memandangkan kedua-dua mereka sudah lama berkawan.

Netizen Dedah Perkara SebenarĀ 

Terbaru, menerusi sebuah akaun di laman Twitter, terdapat seorang netizen telah mendedahkan beberapa rentetan peristiwa mengenai perpisahan Aazief dan Tyra. Menurutnya yang kononnya juga rakan kepada Aazief, perpisahan itu sebenarnya adalah berpunca daripada Tyra yang dikatakan telah curang dengan seorang lelaki.

Jelas netizen tersebut, lelaki yang dikatakan sepupu kepada Tyra itu sebenarnya tidak mempunyai sebarang pertalian diantara mereka dan Aazief selama ini yang mengetahui akan isu tersebut turut bertindak merahsiakan perkara tersebut.

https://twitter.com/expose97/status/1170747435083157504

Biarpun begitu, Tweet yang tular tersebut telah mengundang pelbagai persepsi netizen termasuk ada yang mendakwa akaun tersebut telah dikendalikan sendiri oleh Aazief.

Kapsyen Aazief Undang KecamanĀ 

Dalam perkembangan lain, Aazief turut menjadi perhatian apabila gambarnya bersama selebriti media sosial, Sharifah Rose mengundang kecaman netizen apabila kapsyen yang dimuatnaik anak Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa itu dikatakan telah memerli bekas kekasihnya.

Namun, tidak lama kemudian Aazief telah menukar kapsyen tersebut dan memohon maaf selepas terjadinya salah faham akibat posting itu.

Memandangkan isu tersebut mendapat perhatian ramai, abang kepada Aazief yang juga suami kepada Tya Ariffin, Asyraf Khalid turut tampil mempertahankan adiknya.

Jelas Asyraf, dia menyifatkan adiknya itu masih muda dan memerlukan masa untuk berkenalan dengan seseorang.Sebagai seorang abang dia menyatakan sokongannya kepada apa sahaja keputusan yang akan dilakukan oleh Aazief selain berasa kasihan dengan tindakan netizen yang terus mengecamnya tanpa sebarang usul periksa.

Pesan Asyraf lagi, dia mengharapkan agar netizen berhenti mengecam Aazief dan Sharifah Rose selain turut menasihati mereka agar tidak cepat menilai sesuatu tanpa sebarang usul periksa.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

[the_ad id="14544"]

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.