Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim tampil bersuara selepas terdapat netizen yang mempersoalkan sikap kemanusiaan rakyat Johor sewaktu negeri lain ditimpa musibah.
Netizen Soal Sikap Kemanusiaan Rakyat Johor
Menerusi laman Twitter, seorang netizen yang dikenali sebagai @xmierul_ mempersoalkan sikap rakyat Johor kepada TMJ selepas terdapat page yang mempersendakan bencana banjir yang berlaku di Selangor.
“Ampun Tuanku @HRHJohorII, beginikah sikap kemanusiaan sebagai seorang rakyat negeri Johor bila mana ada rakan sewarganegara di negeri lain ditimpa musibah?”-Soal Netizen tersebut
Perangai Rakyat Johor Lebih Kurang Seperti Baginda
TMJ kemudian tampil membalas tweet netizen tersebut dengan menyifatkan sikap rakyat Johor lebih kurang seperti baginda yang sentiasa memberikan bantuan.
“Salam. 1st, yang awak semua melayan page gila kenapa? 2nd, page ‘Official JDT’ keluarkan statement semalam takda pula orang tag saya.
3rd, perangai orang Johor lebih kurang macam saya, sentiasa beri bantuan. Saya dan keluarga setiap hari beri bantuan takda pula orang perasan ya? Hebat..”-balas TMJ
“Tak Payah Ada Page Macam Ni Pun Awak Sudah Lama Mulakan Kebencian Terhadap JDT”-TMJ
Baginda dalam pada itu turut berpendapat rakyat sudah lama memulakan kebencian terhadap Johor Darul Ta’zim (JDT) walaupun sebelum ini tiada troll page seperti sedemikian.
“Tak payah ada page macam ni pun page macam awak semua dah lama mulakan kebencian terhadap JDT. Berapa lama page ni? Berapa lama JDT? Berapa lama kebencian yang tak dinilai oleh fakta tetapi mengikut trend benci membuta tuli terhadap JDT.
Baru satu page gila macam ni awak nak kaitkan club JDT? Mengapa anda semua tak boleh abaikan dan melayan page gila macam ni? Jawapannya kerana apa saja issue yang boleh burukkan JDT mesti di highlight”- tegas TMJ
Mengakhiri persoalan tersebut. TMJ turut mendedahkan sedia maklum mengenai pengendali akaun tersebut dan berpendapat bahawa mereka seharusnya bersikap neutral terhadap perkara yang berlaku.