Pelakon dan pengacara, Sharifah Sakinah tampil bersuara selepas terdapat segelintir netizen yang mempertikaikan status agama suaminya, Carl Michael Hansen.
Netizen Dakwa Sakinah Murtad
Menerusi sebuah hantaran di Instagram, Sakinah menerima DM (Direct Message) daripada seorang warganet yang mendakwa dirinya sudah murtad setelah berkahwin dengan jejaka itu. Bagaimanapun, menerusi carian terkini Sakinah telah pun memadam hantaran tersebut.
“Tahniah Kinah masuk kristian”- komen netizen di Instagram
Enggan Keruhkan Hubungan Dengan Keluarga Mentua
Susulan itu, Sakinah memuatnaik kad perakuan suami memeluk agama Islam menerusi pendaftaran Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan menjelaskan sebabnya untuk tidak memberikan bukti status agama suaminya.
“Kami tak post bukti sebab taknak mengharu-birukan keluarga mentua ya. Cuba anak awak tiba-tiba kena convert Hindu mau mak awak melenting tak? Nak sangat bukti swipe lah.
Terima kasihlah sebab mengharu-birukan keadaan. Kalau dah cakap dah lah dah lah, tayah buruk sangka. Habis semua nak kena tunjuk bukti.-Jelas Sakinah
Dalam pada itu, Sakinah menegaskan untuk tidak menampilkan bukti status agama suaminya itu kerana mahu menjaga hati keluarga mentua.