24.4 C
Malaysia
Saturday, November 9, 2024
[the_ad id="14542"]

Latest Posts

Netizen Gesa Sheila Rusly Berhenti Promosi Veneer Palsu!

Pelakon dan pengarah, Sheila Rusly menerima kecaman daripada warganet setelah hantarannya di laman Instagram mempromosikan sebuah pusat kecantikan yang menawarkan khidmat rawatan gigi dikatakan sebagai tidak bertauliah.

Gesa Sheila Berhenti PromosiĀ 

Dalam hantaran tersebut, kelihatan Sheila sedang mendapatkan rawatan gigi dipercayai untuk memutihkan giginya. Bagaimanapun hantaran tersebut telah mencetuskan pelbagai persepsi daripada orang ramai termasuklah mereka yang bergelar doktor yang memohon Sheila untuk berhenti mempromosikan pusat-pusat kecantikan dan khidmat rawatan seumpama itu.

Di laman Twitter, menerusi carian Murai.my terdapat beberapa pandangan yang diberikan oleh mereka yang bergelar sebagai doktor gigi yang menasihati orang ramai untuk mendapatkan rawatan dari klinik-klinik dan doktor gigi yang bertauliah. Malah mereka turut membuat perbandingan rawatan yang dilakukan antara seorang doktor dan jurukecantikan yang mana berisiko untuk mendapat kesan yang lebih buruk pada masa hadapan.

Segelintir daripada warganet pula mengharapkan agar Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk menyiasat latar belakang pusat rawatan yang dipromosikan oleh pengarah itu supaya dapat mendidik orang ramai untuk mendapatkan rawatan di pusat yang berdaftar.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

[the_ad id="14544"]

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.