21.6 C
Malaysia
Sunday, December 1, 2024
[the_ad id="14542"]

Latest Posts

Netizen Dakwa Puteri Balqis Jadi Mangsa Penyakit Mental?

Sejak tularnya isu mengenai pelakon cilik, Puteri Balqis yang ditampilkan menerusi rancangan Bersamamu, ramai selebriti yang tampil memberi kenyataan selain turut mendoakan yang terbaik buatnya.

Jadi Mangsa MSBP? 

Namun, disebalik itu terdapat juga spekulasi-spekulasi daripada netizen di media sosial mengenai keadaan sebenar pelakon ini apatah lagi setelah doktor pakar mengesahkan bahawa Balqis tidak mempunyai penyakit kanser seperti yang dimaklumkan sebelum ini.

Selain mendakwa kononnya Balqis terkena penyakit mistik, muncul pula dakwaan dan teori yang mengatakan bahawa dia telah menjadi mangsa sejenis penyakit mental yang dikenali sebagai Munchausen Syndrome by Proxy (MSBP)

Mahu Puteri Balqis Dan Ibu Jalani Rawatan 

Hangat membicarakan mengenai simptom tersebut, menurut netizen tersebut dia tidak menolak bahawa Balqis menjadi mangsa mahupun mempunyai MSBP itu sendiri dan turut disokong oleh segelintir netizen yang lain.

Malah mereka turut mengharapkan akan ada pihak yang menjalani pemeriksaan fizikal dan mental kepada Balqis dan ibunya bagi pulih seperti sedia kala. Bagaimanapun jelasnya lagi, ianya hanya sekadar teori semata-mata dan mungkin mempunyai penyakit lain yang masih tidak diketahui sehingga hari ini.

Sebagai info, MSBP merupakan sejenis penyakit mental yang mana seseorang individitu itu cuba membuatkan individu lain terutamanya kanak-kanak mahupun warga emas kelihatan begitu sakit untuk mendapatkan perhatian. Lazimnya sindrom ini biasa ditemui pada orang dewasa mahupun pengasuh kanak-kanak yang menginginkan perhatian daripada individu terdekat mahupun masyarakat sekeliling.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

[the_ad id="14544"]

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.