24.5 C
Malaysia
Saturday, September 14, 2024

Latest Posts

Netizen ‘Bising’ Anak Tak Sekolah, Che Ta Beri Jawapan Padu!

Pelakon dan usahawan versatil Rozita Che Wan atau lebih mesra disapa sebagai Che Ta, diasak dengan soalan-soalan panas dari warganet berkaitan dengan anak perempuannya Aaisyah Dhia Rana.

Aaisyah Tak Sekolah?

Masih belum reda isu anak bongsunya dikatakan kuat melaram kini timbul pula suara sumbang yang mengatakan puteri kesayangan itu tidak bersekolah.

Murai MY menjengah ke Instagram selebriti jelita ini dan melihat Che Ta memberi penjelasan berkenaan hal tersebut menerusi coretan yang dimuatnaik di media sosialnya.

“Ada yang tanya anak kami tak sekolah ka??

Adoi hampa pun, anak kami tengah summer break. Bulan lapan nanti dia dah start school balik hampa. Dia sekolah international school, depa kalau bagi cuti lama. Walaupun Malaysia hari hari, summer.” Coretnya

Suami Dan Anak Lelaki Jaga

Che Ta juga mendedahkan jika Aaisyah kelapangan, anak perempuannya itu akan ikut sama menemani dia pergi kerja. Namun jika terlalu sibuk dengan penggambaran, tanggungjawab menjaga puteri kecil tersebut beralih pada suami dan juga kedua-dua anak lelakinya.

“Jadi bila ada free si kecil ni akan ikut kami, kalau kami sibuk penggambaran dan pak dia tak ada penggambaran atau kerja, dia jaga atau Aaisyah kan ada 2 orang abang. Abang-abang dia kadang-kadang jaga.” Kongsinya

via Instagram Rozita Che Wan

Ilmu Agama Tak Dilupai

Melihat entri yang ditulis Che Ta, selain menjelaskan anak bongsunya itu sedang bercuti sekolah pelakon ini juga tidak lupa tentang pengisian ilmu agama untuk Aaisyah. Di mana Che Ta menjemput guru agama untuk mengajar Aaisyah mengaji di rumahnya.

“Jangan gatal kata anak kami tak pergi sekolah na. Dia cuti. Siap ada cikgu ngaji yang datang rumah.” Coretnya

Walau sesibuk mana dengan hal duniawi, Che Ta tetap mementingkan ilmu agama buat puteri kecilnya itu, terbaiklah!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.