Pelakon sensasi, Iqram Dinzly tampil memberikan pujian kepada netizen yang bijak menilai ketika dirinya teruk dikecam. Ia susulan tular pertengkaran antara dirinya dan Mona Allen di set penggambaran yang diperakui mereka hanya sekadar gimik untuk mempromosikan drama lakonan mereka, Hati Yang Dikhianati.
Setuju Dengan Netizen
Menerusi Insta Stories, Iqram dilihat memuatnaik tangkap layar komen seorang netizen yang mengimbas kembali isu gelaran doktor yang hangat dibincangkan suatu ketika dahulu. Status tersebut dipercayai ditujukan buat Dato Fazley berdasarkan gambar dan status sebuah portal hiburan yang dikongsi oleh Iqram.
“Itu cara marketing orang. Sama lah dulu beli title Doktor Dari kolej mana. Lepas tu jaja ada title Doktor. Siap buka kolej mahu tipu orang”- ujar netizen
Puji Netizen Bijak Menilai
Dalam hantaran itu, Iqram memuji tindakan netizen kini semakin bijak menilai apa yang sedang berlaku dan turut berseloroh menyatakan sudah jatuh pada para netizen.
“OOPS netizen bijak menilai. Makin jatuh hati dengan netizen pulak rasanya. Muahs”-katanya lagi
Terdahulu, Murai MY melaporkan Fazley yang terbabit dalam bidang lakonan sejak tahun 1999 tidak pernah diminta untuk melakukan gimik di set penggambaran. Tambahnya lagi, dia berasa janggal melihat rentetan ‘drama di media sosial’ dan mempersoalkan keperluan orang ramai untuk terus menonton drama yang dipromosikan berdasarkan gimik dan promosi ‘murahan’ tersebut.