Rasanya begitu ramai yang teruja dengan ‘kemunculan semula’ filem The Lion King di layar perak setelah hampir 25 tahun ditayangkan sekitar tahun 1994.
Netizen Persoal Tindakan Neelofa Rakam Sedutan Filem
Malah begitu ramai selebriti termasuk pelakon dan pengacara terkenal, Neelofa turut memperakui teruja menonton filem tersebut. Biarpun begitu, tular di media sosial memperkatakan mengenai sikap selebriti ini yang seolah-olah melanggar etika dan peraturan pawagam dengan merakam sedutan filem itu di media sosial.
Terdahulu, Neelofa sempat memuat naik sekeping gambar sedutan salah satu babak filem The Lion King menerusi laman Instagram nya.
Neelofa Mohon Maaf
Melihatkan sedutan yang dimuat naik Neelofa, rata-rata netizen mengecam tindakannya malah ada segelintir daripada mereka mahu Neelofa dikenakan hukuman biarpun bergelar selebriti. Susulan daripada itu, pengacara MeleTOP ini telah memadam sedutan tersebut dan turut memuat naik sebuah kenyataan mohon maaf di laman Twitter nya.
Jelas Neelofa, sebagai seorang selebriti dia begitu menghormati hak harta intelektual dan sama sekali tiada niat untuk melanggar undang-undang berkaitan hak cipta. Akui begitu teruja dengan filem itu, tambahnya lagi dia mahu memberikan sokongan terhadap filem tersebut selain mengajak pengikutnya untuk sama-sama menonton filem itu.