22.3 C
Malaysia
Saturday, October 5, 2024
[the_ad id="14542"]

Latest Posts

“Nanti Kalau Tak Ambik Kena Ugut”- Fizz Fairuz & Rakan Selebriti Komen Isu Vaksin Untuk Kanak-Kanak

Isu pemberian vaksin untuk kegunaan kanak-kanak di bawah usia 12 tahun mendapat reaksi dari pelbagai pihak termasuklah pelakon, Datuk Fizz Fairuz dan rakan selebriti lain yang memberikan komen terhadap isu tersebut.

“Nanti Kalau Tak Ambik Kena Ugut”-Datuk Fizz Fairuz

Menerusi komen yang ditinggalkan di posting Instagram, Datuk Fizz Fairuz memberitahu bahawa jika vaksin tersebut tidak diambil nanti akan “diugut” tidak dibenarkan untuk bergerak ke mana-mana.

“Standby…Nanti kalau tak ambik kena ugut. Tak boleh ke sana sini hahaha..Kita tolak la macam mana  pun, dia tetap letakkan syarat jugak..Hhhmm suara kita tak didengari.”-Datuk Fizz Fairuz

“Kaya Raya Tauke Vaksin”- Datin Seri Umie Aida

Pelakon, Datin Seri Umie Aida turut memberitahu bahawa tauke vaksin semakin kaya raya disebabkan penghasilan vaksin.

“Kaya raya tauke vaksin.. Dunia.”-Datin Seri Umie Aida

Iesya Toh Menolak Vaksin Untuk Anak-Anaknya

Pengacara, Iesya Toh menegaskan bahawa beliau menolak vaksin untuk anak-anaknya.

“MAAF SAYA TETAP MENOLAK UNTUK ANAK-ANAK SAYA!-Iesya Toh

Pemberian Vaksin Kepada Kanak-Kanak Berusia Bawah 12 Tahun

via Harian Metro

Dipetik dari laporan Berita Harian, Kementerian Kesihatan (KKM) mengumumkan bahawa pemberian vaksin COVID-19 keluaran Pfizer BioNTech kepada kanak-kanak berusia di bawah 12 tahun  akan bermula  pada 2022.

KKM turut memaklumkan bahawa buat masa ini, hanya vaksin itu yang tersedia bagi kegunaan kanak-kanak di bawah usia 12 tahun dan sedang menunggu kelulusan daripada Kesatuan Eropah dan Amerika Syarikat.

Apa pendapat anda?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

[the_ad id="14544"]

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.