21.6 C
Malaysia
Sunday, December 1, 2024
[the_ad id="14542"]

Latest Posts

Nampak Berisi Kerana Hamil? Ini Jawapan Dari Adira

Penampilan penyanyi Adira Suhaimi, 28 ketika membuat persembahan di minggu kedua Separuh Akhir Muzik-Muzik 34 pada 22 November telah mencetuskan spekulasi peminat yang mana dia kelihatan sedikit berisi sekaligus mengandaikan sedang hamil anak keempat nya bersama Datuk Seri Adnan Abu atau lebih dikenali sebagai Datuk Red.

Nafi Sedang Hamil 

Menjelaskan lebih lanjut mengenai spekulasi tersebut, Adira menafikan bahawa dia sememangnya sedang hamil. Malah akui Adira dia sukar untuk menurunkan berat badan ketika ini apatah lagi selepas melahirkan anak ketiganya,Anggun pada Ogos lalu.

“Eh, saya tidak mengandung, itu hanya lemak. Sejujurnya, saya sedang dalam proses menurunkan berat badan selepas melahirkan Anggun, Ogos lalu.

“Saya akui ia bukan satu proses yang mudah untuk dapatkan kembali berat badan ideal mungkin sebab saya melahirkan tiga cahaya mata sebelum ini semuanya melalui pembedahan,” seloroh Adira

Enggan Ulas Soal Rumahtangga 

Dalam perkembangan lain, ketika ditanya mengenai perihal kehidupannya terkini, Adira berkata kehidupannya kini berjalan seperti biasa namun enggan mengulas lebih lanjut mengenainya kerana hanya ingin fokus pada kerjaya seni buat masa ini.

“Semuanya okay, Alhamdulillah. Sekarang saya tak nak beri kenyataan mengenai hal peribadi sebaliknya hanya mahu memberikan fokus kepada kerjaya seni sahaja, terima kasih.”

Terdahulu, kecoh seketika apabila penyanyi ini telah memfailkan tuntutan cerai terhadap suaminya pada 1 April lalu.

Namun demi cahaya mata mereka, Adira menarik semula permohonan cerai tersebut. Adira ditemui Murai.my ketika di sidang media majlis pelancaran program My Buskers yang diadakan di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur petang Selasa.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

[the_ad id="14544"]

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.