32.2 C
Malaysia
Saturday, September 14, 2024

Latest Posts

“Nak Nangis Dengar”- Elfira Loy Sedih Anak Lelakinya Menangis Semalaman

Kini, musim penyakit seolah-olah telah menyerang setiap individu termasuklah kanak-kanak. Ia turut terjadi kepada pelakon, Elfira Loy yang menceritakan demam yang berjangkit dari suaminya sehinggalah kepada putera sulungnya, Muhammad Rayyan Khalaf.

“Musim Sakit”

Menerusi hantaran di Instagram, Elfira menceritakan bahawa ianya tidak mudah jika ibunya tidak ada bersamanya ketika Rayyan mengalami demam yang berjangkit darinya dan suami.

“Musim sakit. Dua hari lalu suami el demam lepastu dia jangkit dekat El, lepastu Rayyan pulak. Semalam its the longest night if my mom wasnt there.

My husband sebab dia sakit dada lah sakit kepala lah so dia duduk je dalam bilik atas.”Kongsi Elfira

Sedih Lihat Anak Menangis Tidak Selesa Kerana Demam

Dalam pada itu, Elfira Loy meluahkan rasa sedih melihat anak lelakinya yang menangis semalaman kerana rasa tidak selesa kerana badan yang panas.

“Last one to recover mestilah budak yang tanak makan pape ni. Dia menangis semalaman rasa tidak selesa.

Nak nangis dengar ‘mommy mommy pleasee mommy please’. Haihlah anakku. Tapi temperature dia ok sikit ni dari semalam sebab tok mama dia tak tidur basahkan badan dia supaya panas surut.”-Kongsi Elfira

Di akhir hantaran nya, Elfira turut meminta orang ramai untuk mendoakan agar mereka sekeluarga diberi kesembuhan dengan cepat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.