Kegembiraan sebuah keluarga yang membeli rangka ayam sebagai juadah berbuka yang dibeli di bazar Ramadan bertukar hampa selepas ayam yang dibeli tidak dicuci dengan bersih.
“Sampainya Hati Jual Dekat Orang Puasa Macam Ni”
Menerusi laman Twitter, seorang warganet yang dikenali sebagai @pikasekri telah menceritakan kisah yang boleh dijadikan pengajaran buat peniaga di luar sana yang mendakwa ayam yang dibeli tidak disiang dan rangka tersebut dipenuhi dengan isi perut ayam.
“Sampainya hati jual dekat orang yang puasa macam ni. Abah ada beli rangka ayam RM5 dekat bazaar. Bila nak berbuka tu, terkejut tengok dalam rangka tu penuh isi perut ayam. Tak siang ke” Tengokla pedal pun tak cuci. Semata rangka celup tepung.”-Kongsi Pika
Warganet ini turut memuatnaik video ibunya yang sedang memotong bahagian pedal dan mendapati bahawa ‘najis’ yang sepatutnya dibuang telah dibiarkan begitu sahaja.
“Mak tak puas hati jadi mak potong. Memang betul pedal pun tak siang. Rezeki bagi kucing dengan anjing je makan.
Kalau tak mampu berjual, janganlah aniaya orang macam ni sekali. Sedih abah balik beli untuk anak-anak makan. Sama-sama puasa kan?-Pika
Tidak Berniat Untuk Jatuhkan Peniaga Muslim
Tambahnya lagi, dia turut menjelaskan bahawa dirinya tidak berniat untuk menjatuhkan perniagaan peniaga Muslim dan menitipkan harapan kepada pihak terlibat untuk mengambil pengajaran terhadap apa yang berlaku.
“Aku ni bukannya nak jatuhkan peniaga muslim atau nak tutup periuk nasi depa. Tak, bukan macam tu. Cuma sekadar perkongsian dan peringatan. Tak baik tau buat orang macam ni. Semoga ambil pengajaran lah daripada apa yang jadi. Nak maki, tapi ramadhan. Nak maki, tapi tambah dosa.”-Pika
Di akhir ciapannya, dia turut menegaskan bahawa dia tidak menyebut nama sesiapa dalam ciapannya dan menyifatkan peniaga tersebut terlepas pandang dan mengambil remeh dalam aspek tahap kebersihan hidangan.