22.1 C
Malaysia
Saturday, November 9, 2024
[the_ad id="14542"]

Latest Posts

“Nak Hantar Hadiah Boleh, Tapi…”- Diana Danielle Tegur Peniaga?

Baru-baru ini pelakon Diana Danielle telah menegur beberapa golongan peniaga melalui hantaran di Instagram miliknya.

Ada Udang Di Sebalik ‘Hadiah’

via Kopi Planet

Menerusi laman Instagramnya, Diana Danielle telah menegur golongan peniaga yang menggunakan alasan ‘hadiah’ sebagai salah satu cara untuk tujuan marketing mereka.

“Nak hantar ‘hadiah’ boleh. Pastikan tiada udang disebalik ‘hadiah’ itu boleh tak? Bila barang sampai diletaknya harapan untuk kita buat itu ini, maksudnya itu bukanlah hadiah tapi komitmen yang dia letak pada kita tanpa bertanya kalu kita betul-betul sudi atau tidak”

Menggunakan Alasan Sebagai Peminat

via BH

Dalam penulisan lainnya, Diana Danielle turut menjelaskan ada sesetengan pihak yang mendekatinya pada mulanya dengan alasan sebagai peminat tetapi pada akhirnya peniaga ini seolah-olah meletakkan harapan supaya Diana Danielle dapat membantu bisness mereka.

“Akak saya sudah lama minat akak, teringin sangat nak bagi kaftan, jangan risau pemberian saya ikhlas’. Bila ‘hadiah ikhlas’ itu sampai, dia (peniaga) pun “Nanti ambil gambar banyak-banyak hantar dekat saya tau. Postlah dekat feed dan buat Tiktok sekali dan tag bisnes saya.

Tegur Peniaga Supaya Perbetulkan Niat

via BH

Diana Danielle juga turut menegur kepada peniaga supaya mereka dapat menjelaskan niat sebenar ‘hadiah’ yang dihantar tanpa ada sebarang memanipulasi selepas barang itu diterima.

“Ini yang saya maksudkan tidak jelas niat dan manipulasi. Dia menggunakan perkataan hadiah supaya kita rasa alah sweetnya, tetapi dia nak kita kerja pula.” tulisnya di IG Story

Diharapkan teguran yang dibuat oleh Diana Danielle dapat diambil iktibar kepada para peniaga supaya mereka jelas dengan apa yang mereka mahukan daripada para influencer.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

[the_ad id="14544"]

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.