27.3 C
Malaysia
Saturday, August 31, 2024

Latest Posts

“Nak Cakap Apa Lupa”-Nabila Huda Bimbang Masalah Pelupa Akan Jejas Karier

Pelakon dan pengacara terkenal, Nabila Huda meluahkan rasa bimbang apabila dirinya kini menjadi seorang individu yang pelupa terhadap setiap perkara yang mahu dilakukannya.

“Letak Phone Tak Ingat”

Menerusi laman Twitter, Nabila Huda atau lebih mesra disapa sebagai Abil meluahkan rasa khuatir akan penyakit lupa yang akan memberikan kesan terhadap kariernya sebagai seorang pelakon dan pengacara.

“Sekarang jadi susah nak ingat. Nak cakap apa lupa. Makin teruk. Letak phone tak ingat. Nak cakap apa lupa. Makin teruk.

Sounds funny tapi i serious ni. I takut kalau i cepat lupa, i dah tak boleh ingat my scripts or dialogue. Musnahlah career ku. Please help me..”-Kongsi Nabila Huda

via Twitter Nabila Huda

Tidak Mempunyai Masalah Depresi

Tambahnya lagi, Abil mendedahkan bahawa dia tidak mempunyai masalah depresi, terlalu banyak berfikir dan terlalu penat, serta mengakui hidupnya sentiasa berada dalam keadaan gembira.

“I takde masalah depression, tengok phone terlalu lama, tak cukup tidur, banyak fikir, terlalu penat. Takde semua ni. I memang happy as always. Cuma yang tak ok tu je. Masalah lupa.

Yang abil risau sangat sebab kerjaya i memerlukan daya ingatan yang kuat. I’m scare of losing my career. But all good lah! It’s part of the journey kan. Umur semakin meningkat.”-Jelas Abil

via Twitter Nabila Huda

Dalam pada itu, Abil turut berterima kasih kepada pengikutnya di media sosial yang memberikan pelbagai tip dan petua untuk membantu merawat masalah pelupa yang dihidapi.

via Twitter Nabila Huda

Selain itu, Abil menyatakan dia kini cuba mengambil pemakanan sunnah seperti kurma, buah zaitun, buah tin, dan air zamzam sebelum dan selepas bangun tidur.

Semoga cepat sembuh Abil!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.