Menerusi hantaran di laman Instagram miliknya, pendakwah bebas Ustaz Abu Syafiq berkongsi sekeping foto yang tertera sebuah dokumen dipercayai sebuah tuntutan mahkamah.
Aliff Syukri Disaman?
Biarpun tidak menyatakan siapakah pihak plantif dan hanya menunjukkan nama ‘Aliff’ sebagai defendan, namun berdasarkan kapsyen yang ditulis ianya merujuk kepada usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri.
“Nak kena saman sangat kan? Nah ‘hadiah’ 60 ribu!” tulis pendakwah itu
Video Mengandungi Unsur Fitnah
Dalam perkembangan lain, Abu Syafiq turut beranggapan bahawa tindakan kakitangan usahawan itu yang mengoyak kontrak Wani bersama mereka di hadapan remaja itu adalah satu tindakan yang tidak wajar selain mendakwa video rakaman yang dikongsi buat paparan pihak media semalam mengandungi unsur fitnah.
“Oo. macam ini cara serahkan kontrak perjanjian. Dalam video ini juga ada unsur fitnah ke atas Wani. Semoga Allah pelihara hamba-hambaNya yang dizalimi” tulis Abu Syafiq
Semalam, Aliff menerusi sebuah sidang media yang diadakan mencabar beberapa pihak untuk meneruskan saman terhadapnya bagi membuktikan kebenaran yang sebenar berikutan isu tuntutan faedah yang dibuat oleh Wani hangat diperkatakan.