23.9 C
Malaysia
Saturday, November 30, 2024
[the_ad id="14542"]

Latest Posts

Nafi Tagih Simpati! Ashira Hanya Dedah Kisah Sebenar

Seperti yang ramai sedia maklum, permulaan perjalanan penyanyi Ashira di dalam Gegar Vaganza (GV7) bermula dengan kisah duka apabila terpaksa berpindah keluar dari rumah kerana tidak mampu menanggung kos sewanya berikutan kesan pandemik COVID-19. Tidak cukup dengan itu, Ashira juga buat pertama kalinya berpisah dengan anak tunggal kesayangan, Megat Shazril Haziq Hadi, 14 bagi menumpukan fokus persembahannya dalam GV7.

Nafi Sengaja Dedah Kisah Peribadi 

Biarpun begitu, terdapat dakwaan daripada netizen kononnya pelantun Di Ombak Resah ini seperti sengaja menjaja kisah peribadi dan kehidupannya terhadap umum bagi meraih simpati terutamanya buat para juri. Menafikan dakwaan tersebut, sebaliknya bagi Ashira dia enggan berpura-pura mengenai kenyataan sebenar dan hanya berkongsi sekiranya diajukan kisah yang berkaitan.

“Saya sebenarnya tak baca komen yang jenis kecaman. Pada mula saya sertai GV memang saya ada baca tetapi keluarga terutamanya ayah saya pesan jangan baca. Tetapi kadang-kadang saya ada juga terbaca sekiranya mereka tag nama saya jadi ternampaklah komen seperti itu.

Pada saya langsung tak ada niat untuk meraih simpati. Benda ini benda betul, kisah ini terjadi bukan hanya pada saya tetapi ramai orang pun turut terkesan dengan PKP. Cumanya saya adalah penyanyi kelab malam dan bukanlah pekerjaan yang bagus di mata netizen, disebabkan itu mereka mengecam saya.

Tidak mengapa, saya percaya rezeki masing-masing. Kalau tidak suka, tidak perlu tengok” kata Ashira ketika ditemui Murai.my

Mengenai persiapannya menjelang konsert minggu keenam Ahad ini yang akan berduet bersama penyanyi Mark Adam menerusi lagu Dengarkanlah, Ashira berkata peminat mungkin melihat lagu nyanyian asal Amy Mastura dan mendiang Gwen Fredly seperti sebuah lagu yang agak mudah.

Via Instagram Ashira

Namun baginya, soal lagu bukanlah perkara utama untuk dinilai sebaliknya pihak juri ingin melihat keserasian dengan penyanyi jemputan sebagai cabaran bagi minggu yang bertemakan duet kelak.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

[the_ad id="14544"]

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.