22.1 C
Malaysia
Saturday, November 9, 2024
[the_ad id="14542"]

Latest Posts

Nafi Potong Usus, Man Raja Lawak Gembira Boleh Jadi ‘Kembar’ Remy Ishak, Ben Amir

Penampilan terbaru pelawak Man Raja Lawak, 44, baru baru ini ternyata telah menarik perhatian ramai apabila bentuk fizikalnya jauh berbeza daripada sebelum ini.

Puji Diri Sendiri Kerana Berjaya Turun Berat Badan

Selama hampir tiga bulan, Man atau nama penuh Abd Rahman Kassim berjaya menurunkan berat badan yang diinginkannya. Bagaimanapun, transformasi nya itu telah mencetuskan perdebatan ramai di kalangan netizen. Tak kurang yang memuji, malah berbakul kejian juga diterima hanya kerana dia berseloroh menyamakan dirinya seperti Remy Ishak, Syamel dan pelajar lepasan SPM.

Menafikan mengambil barang terlarang mahupun terkesan dengan kecaman yang diterima, Man berkata dia hanya mengambil bantuan produk minuman kesihatan Bodycurv selain berjalan kaki di kawasan rumah. Selain berjaya menurunkan berat badan daripada 94 ke 74 kilogram, giginya yang sebelum ‘berterabur’ kini kelihatan tersusun.

“Bagi diri ini senang, saya anggap perihal menyamakan atau saya sendiri ‘feeling’ seperti Remy contohnya sebagai satu motivasi diri. Ia seperti doa yang baik. Kalau saya sendiri yang tak angkat diri, siapa lagi?.

“Saya cuba alih rasa negatif sebegitu dengan anggap mereka yang menafikan persamaan saya dengan Remy dan Syamel itu sebagai dengki. Apabila tengok cermin memang nampak seiras kot. Kadang kadang kelihatan macam Ben Amir pun ada. Tak ketinggalan macam Datuk Rosyam Nor dan Fattah Amin pun adalah sikit.

“Dalam hal ini juga saya tak suka layan kecaman atau anggap diri ini perasan. Kalau layan juga, saya merendahkan semangat diri. Apa saya dapat pun. Lebih baik ‘feeling’ kerana ia percuma. Yang tak suka itu boleh pergi main jauh,” katanya

Dapat Tajaan Rawatan Gigi

Bercakap mengenai giginya, Man mendedahkan sepanjang usaha kembali menurunkan berat badan terdapat sebuah klinik gigi yang bermurah hati untuk menajanya membuat rawatan sekitar April lalu.

“Alang alang nak menurunkan berat badan lagi kali ini, kenapa tidak saya terima juga tawaran klinik gigi itu. Hasrat nak betulkan gigi sudah ada lama, tapi saja nak tunggu orang ‘sponsor’.

“Tak sangka murah rezeki saya ada juga yang nak ‘sponsor’. Alhamdulilah gigi saya yang ‘bersepah’ selama ini sudah tersusun cantik.

“Barulah seiring dengan berat badan semasa dan rambut yang dipotong,” katanya lagi

Dalam pada itu, Man juga berkata dia ingin membuat testimoni kepada dirinya dengan sengaja kembali menambahkan berat badan tahun ini kerana ingin membuktikan keberkesanan rutin amalannnya.

“Niat saya sebenarnya nak mendidik dalam konteks hal menurunkan berat badan ini. Tak perlu nak kurus sampai kena potong usus. Saya bukan menentang mereka yang nak memotong usus. Kalau ada duit atau ada tajaan, silakan.

“Cuma kadang saya sendiri rasa kecewa apabila ada yang buat pembedahan tapi alih alih keluarkan produk kuruskan badan. Macam ‘trend’ pula. Tak apalah janji mereka ‘bahagia’. Pada akhirnya pilihan di tangan masing masing.

“Setahun juga saya menggemokkan diri dengan ‘enjoy’ makan tak ingat dunia. Apabila berjaya kurang berat badan ini, pelbagai penyakit seperti kencing manis juga boleh elak. Rimas juga ada kata produk seperti Bodycurv tak menjadi. Tapi saya berjaya buktikan sebaliknya,

“Saya juga menggandakan usaha bersenam dengan berjalan kaki. Kalau rasa tak puas berjalan kaki secara laju dalam satu sekali sehari, saya buat pagi dan malam. Perut pun sudah tak boroi,” kongsi pelawak ini

Perubahan fizikal Man mula ‘dihidu’ peminat sejak tahun lalu apabila ada yang menyangka bahawa foto yang dimuatnaik nya adalah suntingan semata-mata biarpun ia sebenarnya adalah penampilan terbaharu pelawak ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

[the_ad id="14544"]

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.