22.5 C
Malaysia
Saturday, November 30, 2024
[the_ad id="14542"]

Latest Posts

Nafi Menipu! Isteri Dedah Bukti Ammar Alfian Curang

Sejak awal minggu lalu, isteri kepada pelakon Ammar Alfian yang dikenali sebagai Nelissa Nezam mendedahkan bahawa suaminya itu dikatakan berlaku curang selepas hampir 3 tahun berkahwin.

Ammar Anggap Tuduhan Isteri Sebagai Fitnah 

Biarpun begitu, tidak lama kemudian Ammar tampil memberi penjelasan sebenar mengenai situasi sebenar perihal rumahtangga mereka. Menurut pelakon filem PASKAL ini, kenyataan yang dibuat isterinya itu adalah fitnah malah Nelissa sendiri telah memperakui kesilapannya selepas menyebarkan dakwaan tersebut.

Enggan menghebohkan mengenai apa yang terjadi dalam rumah tangganya, Ammar mengambil pendekatan untuk berdiam diri dan turut memaafkan isterinya itu.

Nelissa Nafi Menipu

Namun, sebaik sahaja kenyataan Ammar mula mendapat liputan kebanyakan akhbar dan portal hiburan tempatan, Nelissa menafikan dakwaan suaminya itu. Jelas Nelissa menerusi laman Insta-story , suaminya itu seperti telah memanipulasikan perkara yang sebenar dan sama sekali tidak terkejut dengan isu curang tersebut memandangkan isu yang hampir sama pernah terjadi suatu ketika dahulu.

Tambahnya lagi, dia berharap Ammar akan berhenti berpura-pura menjadi mangsa keadaan dan turut akui tidak perlukan kemaafan dari Ammar kerana pelakon itu yang seharusnya perlu risau akan kesalahan dirinya sendiri. Apa pun diharap pasangan ini akan menemui jalan penyelesaian yang terbaik demi bakal anak mereka yang akan dilahirkan tidak lama lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

[the_ad id="14544"]

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.