Menerusi sidang media khas yang diadakan petang semalam, jutawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri nekad mendedahkan perihal sebenar mengenai kontroversi yang mendakwa dirinya telah mengambil kesempatan di atas Wani Comel tidak memberi sebarang faedah seperti yang dijanjikan sebagai duta produk pelansingan badan.
Bersedia Untuk ‘Lawan’, Ini 7 Pendedahan Aliff
Jelas Aliff kepada Murai.my, dia menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut serta telah melantik peguamnya bagi mengendalikan kes. Malah Aliff juga menegaskan pihaknya sudah bersedia sekiranya isu ini ingin dibawa ke mahkamah. Dalam pada itu, Aliff serta pihaknya turut mendedahkan beberapa bukti sebelum ini termasuklah rakaman video pihaknya ke rumah Wani bagi membincangkan perkata itu.
Nafi Janjikan Kereta Dan Rumah
Menurut Aliff, dia tidak pernah menjanjikan tuntutan yang didakwa Wani sebelum ini kerana ianya tidak termaktub dalam kontrak yang telah ditandatangani oleh kedua-dua mereka.
“Saya tidak pernah menjanjikan bulan dan bintang, nak bagi rumah, kereta mahupun kekayaan.
“Dia bukan isteri saya atau bukan mak bapak saya untuk saya kayakan.
“Anda semua boleh fikir logik, segala permintaan dia di luar jangkauan,” tegas Aliff
Hanya Bantu Wani
Tambah Aliff, niatnya pada awal hanya ingin membantu Wani dan menafikan perjanjiannya untuk menjaga kebajikan ahli keluarga remaja itu. Bagaimanapun, dedah Aliff lagi dalam masa yang sama kadang-kala pihaknya turut menghulurkan wang saguhati sekiranya berjumpa dengan mereka sebagai tanda sedekah.
Ziarah Keluarga Wani Secara Baik
Dalam sebuah video yang ditunjukkan pada para media, kelihatan wakil Aliff yang diwakili oleh isterinya sendiri, Datin Seri Nur Shahida dan pekerjanya ke rumah Wani bagi membincangkan secara baik mengenai isu tersebut sekaligus menafikan kononnya mereka ‘menyerang’ Wani dan keluarganya.
Wang RM3,000 Berdasarkan Belas Ihsan
Mengenai perjanjian wang bulanan sebanyak RM3,000, Aliff berkata wang tersebut diberi secara budi bicara dan ianya telah tertulis di dalam kontrak.
Belanja Ribuan Ringgit Untuk Wani
Aliff yang kelihatan sebak ketika mengenangkan nasibnya yang diperlakukan sedemikian turut menyatakan pihaknya telah belanja ribuan ringgit hanya kerana ingin merealisasikan impian Wani untuk kembali bergerak seperti sedia kala. Namun, sebaliknya pula terjadi apabila dia dituduh sedemikian.
“Saya sudah berbelanja ratusan ringgit termasuk mendapatkan khidmat jurulatih, tempat tinggal, makanan tambahan atau supplement.
“Siap ada tukang masak untuk menjaga permakanannya. Bukan sehari dua ya tetapi berbulan.
“Niat saya hanya nak bantu dia berjalan, supaya Wani boleh bantu semula ibu dia,” kata Aliff sebak
Hasutan Pihak Ketiga
Dalam sidang media itu, Aliff berkata dia tidak menolak sekiranya tuntutan yang dibuat oleh Wani itu telah dihasut oleh pihak ketiga yang cuba menjatuhkan reputasi diri dan perniagaannya. Malah difahamkan pihak ketiga tersebut juga terdiri daripada kenalan usahawan itu sebelum ini. Sidang media itu turut menjemput Kamal Affandi Hashim yang merupakan penganalisis jenayah di Malaysia.
Cabar Untuk Saman
Akui sudah lali dengan segala kecaman dan kontroversi, Aliff berkata dia sudah bersedia bawa kes ini ke mahkamah serta turut mencabar pihak tersebut ntuk menyamannya. Sebelum bersurai, Aliff usahawan ini turut menasihati orang ramai agar menggunakan saluran yang betul untuk membuat aduan dan bukannya bertindak untuk menularkan sesuatu perkara yang belum sahih.