21 C
Malaysia
Sunday, December 1, 2024
[the_ad id="14542"]

Latest Posts

Nadya Syahera Terkejut Suami Buat Undian Cerai Atau Tidak Di Laman Instagram

Menerusi artikel kami terdahulu, pelakon yang dikenali ramai menerusi drama Setelah Terlafaznya Akad, Nadya Syahera telah mendedahkan bahawa suaminya yang juga model dan usahawan, Fizul Nawi dikatakan berlaku curang dengan seorang gadis dari Kelantan yang dipercayai adik kepada pengasas produk kosmetik terkenal. Malah mengukuhkan dakwaan berkenaan, Nadya yang mesra disapa sebagai Kak Bet turut menjumpai bukti sekeping gambar suaminya bersama gadis itu.

Nadya Terkejut Dengan Tindakan Fizul 

Terbaharu, susulan daripada itu Nadya berasa terkejut apabila Fizul telah meminta pandangan pengikutnya di laman Instagram berkenaan isu rumahtangga nya menerusi kaedah undian ‘poll’. Dalam undian itu, usahawan tersebut telah meminta netizen untuk mengundi pilihan sama ada bercerai mahupun tidak . Terdahulu, Fizul telah menyatakan kekesalannya dengan pendedahan yang dibuat oleh Nadya sedikit sebanyak telah menambah masalah dalam rumahtangga mereka. Berkenaan sudah sebulan tidak pulang ke rumah, akui Fizul dia sememangnya sudah lama tidak pulang atas kerana terikat dengan jadual kerja yang sibuk.

Akan Berbincang 

Dalam pada itu, Nadya turut keliru dengan tujuan suaminya berbuat demikian kerana selama ini Fizul tidak pernah menyatakan ingin bercerai namun pernah memberi bayangan untuk mengambil pendekatan tersebut.

Jelas pelakon ini lagi, dia sama sekali tidak berniat untuk membuka aib suaminya namun ianya sekadar pengajaran buat suami atau wanita diluar sana untuk tidak menggoda suami orang. Biarpun begitu, kedua-duanya masih berhubung dan akan membincangkan masalah ini sebaik sahaja Fizul pulang ke Kuala Lumpur kerana buat ketika ini suaminya itu masih berada di Kelantan atas urusan perniagaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

[the_ad id="14544"]

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.