21.6 C
Malaysia
Sunday, December 1, 2024
[the_ad id="14542"]

Latest Posts

Nabila Razali Perjelas Isu ‘Unfollow’ Rakan Artis

Menjadi tanda tanya ramai peminat, penyanyi Nabila Razali sekali lagi mencuri perhatian apabila bertindak untuk berhenti (unfollow) semua kenalannya termasuk rakan-rakan artis di laman Instagram.

Harap Isu Tak Dibesarkan 

Pelbagai spekulasi telah timbul apatah lagi selepas tularnya mengenai isu Nabila terkucil ketika sedang menyanyikan single terbaharunya, Peuang Kedua di sebuah program raya baru-baru ini. Menjelaskan lebih lanjut mengenai tindakannya itu, Nabila menerusi perkongsian Gempak berharap isu tersebut tidak seharusnya diperbesarkan.

Ingin Lebih Positif 

Menurut Nabila, ‘unfollow’ bukanlah bermakna seperti berhenti mengambil tahu mengenai rakan-rakan. Sebaliknya dia ingin mengambil pendekatan lebih positf dan berlapang minda.

“Bila insiden hari itu berlaku, ia banyak beri pengajaran pada saya tentang erti persabahatan. Bila saya unfollow, itu tak bermakna saya tidak mengambil tahu tentang rakan-rakan baik. Kita masih ada medium lain seperti penggilan telefon serta mesej.

“Ini seperti fasa permulaan kepada Nabila Razali yang baru. Tidak perlukah diperbesarkan cuma cukuplah sekadar teman-teman baik tahu saya sentiasa ada bersama mereka, itu lebih penting,” jelas Bella

Tambahnya, tindakannya itu hanyalah sementara dan pasti akan mengikuti mereka semula apabila tiba masanya kelak. Sebagai rekod,video muzik single terbaharu Peluang Kedua oleh Nabila kini mencecah lebih dari 7 Juta tontonan sejak dimuat naik di laman YouTube sebulan yang lalu.

YouTube video

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

[the_ad id="14544"]

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.