Isu mengenai Jakel hangat diperkatakan sejak beberapa hari yang lalu. Terdahulu, adik kepada Pengarah Urusan Kumpulan Jakel, Datuk Mohamed Faroz iaitu Muzaffar Mohamed Jakel dikecam hebat selepas memuatnaik satu posting kenyataanya yang memperlekehkan orang Melayu di Insta-story baru-baru ini.
Muzaffar Mohon Maaf
Kesan daripada kenyataannya orang ramai mula melancarkan gerakan boikot jenama gedung pakaian tekstil terkenal itu. Susulan daripada itu, Muzaffar telah membuat satu video permohonan maaf serta penjelasan panjang lebar menerusi laman Facebook dan Instagram nya yang berdurasi 11.39 minit.
Jelas Muzaffar, dia sama sekali tidak mengenali individu yang dikenali sebagai Nor Lizah di laman Facebook cuba memanipulasi situasi ‘panas’ tersebut seolah-olah mewakili syarikat Jakel membuatkan dirinya lebih teruk dikecam.
Dakwa Difitnah
Malah, dedahnya terdapat sebuah lagi akaun yang didaftarkan atas nama Jakel juga merupakan akaun palsu kerana telah menyebarkan kebencian terhadap orang melayu serta fitnah terhadap dirinya dan juga keluarga.
“Dia ambil saya punya screenshot dan post di Facebook”
“Dia pun cakap ‘betul pun apa yang dia cakap tu, Melayu ni memang bodoh’ Jadi dia yang buat story ini,dia yang mereka fitnah ini dia menunjukkan bahawa saya nak main isu perkauman atau nak hina orang Melayu.
“Sedangkan saya sendiri Melayu,saya pun tak ada terniat”
“Macam mana saya sendiri tak boleh terfikir, hari-hari saya berjumpa dengan customer yang membeli dengan saya, saya sendiri layan customer, takkan tergamak saya nak cakap melayu ini, atau nak main isu perkauman kan?” Bukan saya, ahli keluarga saya pun tak macam itu”
Mohon Kembali Sokong Jakel
https://www.instagram.com/p/B_xUHQBFhSm/
Menurut Muzaffar lagi, dia telah membuat satu laporan polis ke atas ama Nor Lizah serta turut merayu agar netizen tidak ‘melancarkan’ serangan kepada ahli keluarganya dan kembali menyokong jenama Jakel.
Dalam masa yang sama, dia sekali lagi memohon maaf dan berharapkan agar orang ramai dapat berkongsi perkara yang sebenar.
“Saya nak pesan, yang hina (arwah) bapa, tolong hentikan. Saya tak boleh terima. Arwah dah lama ‘pergi’. Kesian saya dan ahli keluarga terutama mak saya. Saya tak beritahu mak, tapi bila dia tahu dia sedih,”
“Di bulan Ramadan ni, dengan berkat bulan Ramadan saya merendah diri susun jari mohon maaf kepada semua orang, maafkanlah saya. Kepada semua yang memaki hamun saya, ahli keluarga saya dan ayah saya, kami maafkan semua orang.
“Wallahi tak ada rasa sakit hati kepada orang Melayu yang maki kita kerana kita tahu anda belum cerita sebenar. Sama-sama bulan Ramadan ini kita bermaafan, kita tak mahu panjangkan isu ni.
“Minta anda semua support kita balik, post dekat Instagram anda dan beritahu hal sebenar, beritahu ini adalah fitnah untuk jatuhkan Jakel. Yang baik datang dari Allah, yang buruk datang dari saya,” katanya.
Perkongsian posting tersebut kini mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai termasuk selebriti-selebriti tanah air.