Sebelum ini, penyanyi Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi atau lebih dikenali sebagai Elly Mazlein akui kini sedang berkawan rapat dengan seorang lelaki yang mana 10 tahun lebih muda daripadanya.
Beri Bayangan
Elly yang juga mesra disapa sebagai Kak Lina Pom Pom ketika ditemui murai.my baru-baru ini memberi bayangan bahawa besar kemungkinan akan akhiri statusnya sebagai ibu tunggal pada tahun hadapan. Jelas Elly, meskipun terdapat jurang perbezaan diantara umur, namun faktor kematangan sikap lelaki itu membuatkan dia jatuh hati.
Malah anaknya, Putri Sara Sefhia Azmi kelihatan rapat dengan teman istimewa nya itu selain turut memanggilnya sebagai ‘papa’.
“Sebenarnya untuk tahun ini, Kak Lini sama seperti biasa menyambut bulan ramadhan secara sederhana. Kalau ditanya mungkin tahun ini adalah tahun terakhir Kak Lini beraya sebagai ibu tunggal, mungkin Ya apa pun doakan yang baik-baik manalah tahun mungkin tahun hadapan”
Bekerja Di Sektor Kerajaan
Tidak tolak terdapat khabar angin mengatakan bahawa lelaki yang berjaya ‘mencuri hati’ nya itu bekerja di sektor kerajaan, bagi Elly dia enggan terburu-buru dalam soal perhubungan dan meletakkan sasaran pada tahun hadapan untuk mendirikan rumahtangga. Bersyukur kerana banyak diberikan peluang dalam pelbagai bidang, bagi pengacara Bintang Bersama Bintang 2019 ini dia menganggap segala-galanya adalah rezeki puteri kesayangannya itu.