34.6 C
Malaysia
Friday, September 20, 2024
[the_ad id="14542"]

Latest Posts

“Mungkin Saya Tidak Sependapat Untuk…” – Syamsul Yusof Komen Isu Kelab Komedi

Pengarah dan pelakon, Syamsul Yusof telah memuatnaik satu perkongsian di media sosial mengenai video tular seorang wanita berlawak mendakwa dirinya beragama Islam serta menghafal 15 juzuk al-Quran, sebelum secara tiba-tiba menanggalkan baju kurung serta tudungnya hingga mendedahkan aurat.

“Mungkin Saya Tidak Sependapat…”

Menerusi hantaran di Instagram Syamsul menyatakan bahawa dirinya mungkin tidak sependapat untuk terus menutup kelab komedi yang dikenali sebagai Crackhouse Comedy Club, Kuala Lumpur.

“Salam. Mungkin saya tidak sependapat untuk terus menutup terus Comedy Club itu (masih boleh dibincangkan).”-Tulis Syamsul Yusof

Perlu Mengetatkan Undang-Undang Tangani Isu Hina Islam

Walaubagaimanapun, pengarah filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan itu berpendapat pihak terlibat seharusnya memberikan amaran keras dan mengetatkan undang-undang bagi menangani isu ‘menghina agama Islam’.

“Tapi amaran keras, undang-undang harus diperketat dan jabatan agama/pihak berwajib juga pemimpin perlu serius tangani isu berlarutan ‘menghina agama Islam ini’.”-Tulis Syamsul

Pelbagai Reaksi Netizen

Tinjauan Murai MY di ruangan komen mendapati rata-rata netizen tampil memberikan komen malah ada yang mendakwa kelab komedi itu telah menjadi ‘lubuk’ untuk melakukan penghinaan kepada bangsa dan agama.

“Terbaik..Mari kita mulakan dari sekarang. Allah peliharalah agama Islam di bumi kami.”

“Jika benar comedy club tersebut akan atau telah menanam benih kebencian  terhadap bangsa dan agama, ianya perlu dilakukan segera. Jangan biarkan lagi bangsa dan agama kita dipermainkan dan diperkotak katik kan lagi.”

“Tempat tu menjadi lubuk untuk melakukan penghinaan pada bangsa dan agama. Penghinaan bukan sahaja datang dari peserta bahkan dari pemiliknya sendiri dan ia wajar ditutup sebagai pengajaran.”

Dipetik dari laporan Harian Metro, wanita yang telah tular di media sosial selepas dikatakan menghina Islam ketika membuat persembahan di sebuah kelab komedi itu telah hadir ke Kompleks Mahkamah pada pagi ini untuk pertuduhan mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan kerana menghina Islam.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

[the_ad id="14544"]

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.