Baru-baru ini gempar apabila selebriti usahawan terkenal, Nur Sajat Kamaruzzaman mendedahkan bahawa dia telah dipukul oleh bekas teman lelakinya atau lebih dikenali sebagai Coach Yin.
Terjatuh Di Amsterdam
Dalam pendedahannya menerusi laman Instagram, Sajat turut menunjukkan beberapa kesan lebam dipercayai kesan akibat dipukul. Menjelaskan lebih lanjut mengenai insiden tersebut, menurut Sajat sewaktu dia berada di Amsterdam dia akui mengalami sedikit kecederaan akibat tergelincir daripada sebuah tangga di apartment milik salah seorang kakitangan sahabat karibnya, Datuk Seri Aliff Syukri.
“Saya memang solo sekarang ini dan sedang sibuk dengan pembukaan cawangan baharu tidak lama lagi. Sebenarnya sehari sebelum saya balik ke Malaysia dari Amsterdam, saya memang ada terjatuh dekat apartment milik staff Datuk Seri Aliff Syukri. Memang saya terjatuh sebab tangga dia agak menjunam dan saya tergelincir sehingga terjatuh. Ada luka dan lebam sedikit”
Berlaku Perselisihan Faham
Namun tibanya di tanah air telah berlakunya sesuatu yang tidak diduga, dia mempunyai sedikit perselisihan faham dengan Coach Yin.
Tidak menyalahkan bekas teman lelakinya itu atas apa yang telah terjadi, bagi pelantun Makhluk Penggoda ini dia beranggapan barangkali pada ketika itu mungkin Coach Yin tidak sengaja dan berada dalam tekanan.
“Sampai sahaja di Malaysia, saya ada bergaduh dengan si dia(Coach Yin), berlaku sedikit salah faham. Dia tertekan dan mungkin tidak sengaja sehingga dia memberikan ‘pukulan syahdu’” katanya pada Murai.my sambil berseloroh
Tambah Sajat lagi, dia turut enggan membuat laporan polis biarpun didesak kerana beranggapan ianya sekadar salah faham dan masing-masing sudah matang untuk membuat keputusan.
Malah mereka kini lebih selesa untuk terus bergelar kawan apatah lagi anak-anaknya juga rapat dengan lelaki itu.
“Pada mulanya memang saya nak buat laporan polis, tetapi saya pun dah matang dan alpa dengan perkara-perkara seperti ini. Jadi saya rasa mungkin lebih baik tidak perlu memperbesarkan-besarkan kes ini.Bengkak ini pun lama-lama akan hilang tapi di dalam hati ini tidak akan hilang dan akan kekal selama-lamanya”
Dalam perkembangan lain, Sajat kini sedang sibuk menguruskan cawangan kedua kedai emasnya yang bakal dibuka tidak lama lagi di Johor Bahru. Jelas Sajat atas permintaan ramai, dia memilih selatan tanah air untuk melebarkan sayapnya selain nekad untuk memfokuskan perniagaan pada tahun ini.