Pelakon jelita, Rita Rudaini tampil mengecam tindakan seorang pengulas filem bebas yang dikenali sebagai Zhafvlog selepas individu itu telah menyunting poster tajuk filem lakonannya kepada anti-vaksin, meruju kepada diri Rita yang tidak divaksin.
Akal Yang Diberi Tuhan Bukan Diguna Untuk Hina Orang Lain
Menerusi Insta Stories, pelakon ini menjelaskan bahawa akal yang diberikan oleh Tuhan bukan digunakan untuk menghina orang lain.
“Tuhan bagi akal dekat ko bro bukan untuk ko guna menghina orang. Ramai orang Islam macam ni mencaci cerca orang yang tak vaksin..
Malu la kat agama lain bro..Lepas vaksin dah jadi lembu..Tuhan bagi ko jadi manusia ko pilih nak jadi LEMBU..”- tegur Rita
Gelar Zhafvlog Sebagai “Blogger Lembu”
Rita Rudaini atau nama penuhnya Rita Rudaini Binti Mokhtar turut menggelarkan Zhaf sebagai ‘blogger lembu’ yang hanya melakukan kandungan yang tidak bijak.
“Blogger Lembu memang akan buat konten bodoh-bodoh macam Lembu. Takat tu ja pun otak mampu pikiaq..Nak masuk 2022 dah oii.
Takat tu ja ka? Biasa lah blogger sampah. Gelar diri sendiri blogger. Tapi tak nampak macam blogger pun..Lebih mirip kepada LEMBU kacuk babi”- tegasnya
BACA LAGI: Ketara! Perubahan Wajah 8 Artis Malaysia Dulu Dan Kini
Terdahulu, Murai.my melaporkan pelakon ini mempersoalkan sikap netizen yang ‘panas’ dengan dirinya yang masih tidak mahu divaksin. Akui Rita, dia hanya berada dalam rumah dan rasa pelik dengan sikap segelintir netizen yang telah menerima vaksin.